Sunday, October 4, 2009

Pasangan

As-salamualaikum.

Aku mencoret lg disini. Kalau di UPSI, kawan-kawan yang sefinal year dgn aku ramai dah kuar dgn awek diorg. Aku tgk nie adalah gelaja yang kurang baik. Mmg la secara fitrahnya lelaki menyukai perempuan dan sebaliknya.

Firman-Nya :
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”-ali imran, 14.

Walaupun masa cuti raya dan sebelum ini ramai yang tanye bile nak kahwin...dan mgkn juga kawan2ku yang lain juga dihumban pertnyaan tersebut. Disini aku ingin berkongsi sesuatu pada kawan2ku yang baca blog nie.

Dalam buku Al-jannah nai’muha wa thariqu ilaiha, jahannamu ahwaluha wa ahluha (atau dalam melayunya surga kenikmatannya dan jalan menujunya, neraka jahannam hal ehwalnya dan ahlinya-tajuk edisi terjemahan- surga-neraka& calon penghuninya) karya syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi (beliau antara anak murid syeikh albani). Dalam bab majoriti penghuni neraka adalah wanita, disini beliau memberi 2 hadith sebagai dalil yg wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai dan menyebut kenapa wanita adalah penghuni yang paling ramai.

Usamah Bin Zaid berkata:”Rasullullah SAW bersabda:
“Aku berdiri di depan pintu surga, ternyata kebanyakan yang memasukinyaadalah orang miskin, sedangkan orng kaya masih tertahan. Kecuali penduduk neraka, kerana Allah telah memerintahkan mereka untuk dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian, aku berdiri di depan pintu neraka, ternyata kebanyakan yang memasukinya adalah wanita.” (Shahih Jami’ no 4287)
Imran bin husain berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya penghuni surga paling sedikit adalah wanita” (shahih jami’ no.1570)

Kenapa wanita penghuni yg paling ramai? Jawabnya ialah kaum wanita sering kalah apabila berdepan dgn hawa nafsu dan lebih cenderungnya dgn perhiasan dunia. Ini kerana kurangnya akal mereka untuk membuka pandangan ttg kehidupan akhirat. Mereka kurang beramal untuk menjadi bekal akhirat, bahkan cenderungnya hati mereka pada dunia dan perhiasannya. Wanita juga menjadi faktor pada kaum lelaki untuk berpaling pada kehidupan akhirat. Mereka juga mudah terpedaya oleh org2 yang mgajak mereka meninggalkan agama dan sulit menerima nasihat dan ajakan berbuat baik dari org yg mengajaknya.
Maka carilah pasangan yang boleh membawa kita ke surga. Lihatlah secara pasti, jelas dan terang dgn siapa ingin kita menyulam kasih. Moga kasih itu membawa kita ke surga.

Rujukan
Al-jannah nai’muha wa thariqu ilaiha, jahannamu ahwaluha wa ahluha (tajuk edisi terjemahan- surga-neraka& calon penghuninya). Terbitan pustaka imam as-syafii, ms 104-106.

No comments:

Post a Comment