Tuesday, September 29, 2009

Coretan suka-suka

As-salam.

Lama sudah aku xmencoret apa2 pada disini. Aku malas nak menulis secara formal kerana ini coretan santaiku. Salam eidulfitr kepada kawan2ku maaf lambat mengucapkannya. Mgkn rmi org yg gembira pada hari berbahagia itu tetapi mgkn juga rmi yg sedih pada hr tsebut ini kerana kemiskinan menghimpit mereka, kehilangan org yg disayangi, dan mcm2 lg. Semasa cuti hari tue ada kemalangan ngeri berlaku area kampung aku. Satu kereta meninggal dan ade mangsa yg putus kepala. Innalillah.

----------------------------------------------------------------------------------

Para miskin mgkn bersenyum lebar kerana sumbumgan pusat zakat sudah berada ditangan mereka. Si yatim mgkn bersedih kembali hidup keseorgan, tdk dismbut lg. Tiadelah mjls berbuka puase, tamatlah mjls rmh terbuke, dll. Itulah kehidupan yang kita kena tempuhi dan ingatlah redha pada qadha’ dan qadar Allah SWT. Jgn jd seperti setengah org asyik mempertikaikan qadha’ dan qadar, bersangka buruk pada Allah walhal sangkaan Allah pada manusia mengikut sangkaan hamba-Nya pada-Nya.

----------------------------------------------------------------------------------

Bulan ramadhan lalu aku ada menonton movie laskar pelangi. Bagus ceritanya. Perjuangan 10 murid dan seorang guru wanita dan seorang guru lelaki memperjuangkan nasib pendidikan pelajar miskin. Jujur kukatakan aku menangis ketika menonton cerita ini dengan mengenangkan murid2 miskin. Kadang2 aku sedih giler dengan pemerintah diorg makan sedap tp rakyat ade yg kebuluran (aku bukan anti kerajaan) aku mula teringat kisah Umar Ibn Al-khattab yg cukup adil dlm pemerintahannya dan sanggup berlapar jika rakyatnya belum kenyang tp siapa kita nak jd mcm Umar xlayak tp aku cume mahu semua pemerintah baik dr BN atau PR fikirkan keadaan rakyat mereka. Bukan masa nak pilihan raya baru nak bg rakyat kenyang, baru nk wat sekolah tp berkhidmatlah untuk rakyat selagi bergelar PEMERINTAH. Alamak melalut lak dr cerita laskar pelangi. Dr cerita laskar pelangi ini, aku kagum semangat gurunya Bu Muslimah. Katanya “aku bukan mimpi untuk jd isteri saudagar tp aku mimpi jd guru” (kata xsilap la) sanggup keja part time menjahit sebab sekolah xmampu byr gaji. Sekarang ni aku tgk rmi guru duk lumbe nak naik pangkat, gaji dll. Taulah skrg dah mudah nak dpt JUSA. Cikgu biase pun leh dpt JUSA. Tapi permata yg selalu dibuang dan diabaikan iaitu murid2 dan tanpa mereka siapa la guru. Guru cemerlang akan sentiasa memikirkan bagaimana mahu memperbaiki diri. Ye mmg kita xblh jd org lain tp kita boleh jd lebih baik.

No comments:

Post a Comment