Tuesday, February 24, 2009

Syair dari Amir bin al-Akwa'

اللهم لولا أنت ما اهتدينا

ولا تصدقنا ولا صلينا

فاغفر فداء لك ما اقتفينا

وثبت الأقدام إن لاقينا

وألقين سكينة علينا

إنا إذا صيح بنا أتينا

وبالصياح عولوا علينا

Wahai Tuhanku jika tanpaMu.

Tidak kami mendapat petunjuk.

Tidak pula kami bersedekah.

Tidak pula kami bersolat.

Kami sebagai tebusan,

Ampunkan apa yang kami kerjakan.

Teguhkanlah kami di saat musuh di hadapan.

Kurniakanlah ke atas kami ketenangan.

Kami datang bila diserukan dengan peperangan.

Dan dengan seruan juga mereka meminta bantuan.


Syair di atas adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasaa’i, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Musnad Ahmad serta lain-lain perawi daripada satu hadith yang panjang berkenaan peristiwa sewaktu perang Khaibar. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Salamah bin al-Akwa’. Dan yang melafazkan syair tersebut adalah Amir bin al-Akwa’ setelah diminta oleh salah seorang anggota pasukannya sewaktu dalam perjalanan. Amir bin al-Akwa’ kemudian turun mendendangkan syair di atas sambil menghalau unta supaya cepat berjalan. Rasulullah kemudian bertanya, “Siapakah yang penunggang unta tersebut?” Mereka menjawab, “Amir.” Rasulullah SAW kemudian berkata; “Semoga Allah mengampunkannya.” Salah seorang anggota pasukan bertanya kepada Rasulullah, “Benarkah begitu ya Rasulullah? Kalaulah engkau membiarkan kami bersamanya sedikit masa lagi.”

Link bagi hadith penuh dalam Bahasa Arab.

Benar, tidak lama selepas itu, Amir bin al-Akwa’ telah terbunuh di Khaibar akibat pedangnya yang ditujukan kepada kaki seorang Yahudi terkena kakinya sendiri.

Peristiwa tersebut menyebabkan Salamah bin al-Akwa’ bersedih sehingga Rasulullah SAW bertanya kepadanya mengenai apa yang menjadi punca kesedihan itu. Salamah memberitahu baginda bahawa sekian-sekian orang telah berkata bahawa segala amalan Amir bin al-Akwa’ telah terbatal (akibat mati bunuh diri-pent). Rasulullah kemudian menidakkan kata-kata itu dan berkata bahawa Amir telah mendapat dua pahala sambil menunjukkan jarinya, dan mengakui bahawa Amir bin al-Akwa’ adalah pejuang yang sejati dan amat sedikit orang yang sepertinya.

Faedah hadith

1. Adanya rukhsah untuk bersyair memuji Allah, membesarkanNya, serta meminta keampunan daripadaNya. Perbuatan ini bersesuaian dengan beberapa hadith lain yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah membenarkan perbuatan bersyair yang mempunyai maksud-maksud yang baik serta tidak bersalahan dengan hukum syara’. Ini termasuklah perbuatan Hasan bin Thabit serta beberapa sahabat yang lain yang bersyair namun tidak pula dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Rasulullah pernah berkata kepada Hasan bin Thabit untuk menyindir para Musyrik dengan syair dan mendoakan agar Jibril sentiasa bersama beliau.

2. Di dalam hadith yang panjang ini juga, terdapat larangan bahawa Rasulullah SAW melarang para anggota tentera yang sedang lapar dari memasak dan memakan daging keldai yang jinak (atau peliharaan). Ini dibuktikan dengan tegasnya arahan Rasulullah agar periuk yang digunakan untuk memasak daging tersebut supaya dipecahkan (serta dagingnya dibuang). Maka, boleh disabitkan bahawa kenajisannya daging keldai dan ini merupakan pegangan jumhur berdasarkan apa yang dikatakan oleh al-Nawawi RH dalam kitab Syarah Sahih Muslim.

3. Di dalam hadith ini juga Rasulullah SAW menafikan bahawa segala amalan Amir bin al-Akwa’ adalah sia-sia akibat membunuh diri. Ini boleh dilihat pada dua tempat. Pertama; Rasulullah mendoakan kerahmatan baginya selepas beliau memperdengarkan syair. Sesetengah riwayat bagi hadith tersebut ada menyatakan bahawa Rasulullah tidak mendoakan keampunan ke atas mana-mana orang secara khusus melainkan bagi yang syahid. Kedua; apabila Rasulullah SAW menyatakan sekian banyak pahala bagi Amir bin al-Akwa’ di hadapan saudaranya Salamah, bahkan memuji-muji perjuangan Amir dengan berkata bahawa amat sedikit orang Arab yang berjuang sepertimana yang telah dilakukan oleh Amir.

Wallahua’lam.

Ariff.Arifin
credit to ariff arifin
http://ariff-arifin.blogspot.com/2009/02/syair-dari-amir-bin-al-akwa.html

Monday, February 23, 2009

Wahai Kakak Jangan Angkat Kainmu


Wahai kakak jangan angkat kainmu,
Kerna bahagian itu adalah mahkotamu,
Dan hanya untuk dipersembahkan pada *‘kekasihmu’,
Aku sedih mahkotamu menjadi tontonan umum termasuk mataku.

Wahai kakak mengapa kau tidak merasa ia maruah,
Yang perlu kau pertahankan bersungguh-sungguh,
Tuhan menyuruh bukanlah untuk menyusah,
Tapi untuk keharmonian ummah.

Wahai kakak lupakah pada perjuangan Rasulullah,
Dulu kau hina-dina tapi kini kau mulia dan indah,
Tapi sangat manusia itu mudah lupa dan lengah,
Moga kita sentiasa dalam hidayah dan rahmah.

Wahai kakak mahkotamu sangat ternilai,
Maka tutupilah setiap inci diri,
Jangan biarkan dirimu menjadi tiada nilai,
Kerna MUSLIMAH itu begitu mahal dan tiada tolok nilai.

*kekasihmu itu maksudnyer suami.
aku menulis puisi diatas kerana aku sedih melihat wanita begitu mudah mengangkat kainnya ketika hari hujan takut basah tetapi tidak takut azab Allah swt.
-Abu Umar-
2.50pm, D310 KAB UPSI

Sekadar luahan hati...

Ya..akhi,
Kau mengajarku tentang ukhwah imani,
Tetapi hari ini kau mengamal ukhuwah hizbi,
Aku sedih dan terkilan dengan semua ini,
Ku mencintaimu bukanlah lain kerana ilahi,
Akhi..mengapa kau meninggalkan ku kerana hizbi,
Bukankah aku juga seorg muslim ada hak untuk dilunasi,
Tapi kini sudah berubah kerana aku bukan ‘ikhwah’mu lagi.

-Abu Umar-
4.16am,D310 KAB UPSI

yang patah hilang berganti

assalamualaikum...
blog ini mengantikan blog lamaku mindacikgu.blogspot.com.
dengan harapan blog ini dapat menjadikan teman bagiku meluahkan rasa.