Tuesday, December 15, 2009

saja-saja

As-salam.

Member aku kata sejak-sejak nie tulisan-tulisan aku kasar gayanya...ntah aku pun tak tau ler
mungkin aku kena refesh subjek sastera komsas untuk belajar gaya bahasa yang lebih lunak.

Aku nak bermuhasabah seketika...

Sunday, December 6, 2009

Hujjah Pada Kempen Boikot Blog Ahli Bid'ah

As-salamualaikum

Inilah Hujah saya untuk dikempen di blog saya


“Jika anda menyaksikan seorang ahli Sunnah yang buruk perangainya, perilakunya, fasik lagi jahat maka dia itu disebut pelaku maksiat yang zalim namun dia tetap diatas Sunnah maka silalah bergaul dengannya dan duduk bersamanya kerana kemaksiatannya itu tidak akan membahayakanmu. Jika anda melihat seseorang bersungguh-sungguh dan serius beribadah namun begitu dia ahli bid’ah maka janganlah anada duduk bersamanya dan bergaul dengannya, mendengar ucapannya dan berjalan bersamanya dalam satu jalankerana saya khawatir anda akan mengikutinya sehingga anda hancur bersamanya”(Al-Imam Barbahari-Syarh As-Sunnah perkara 149)

“Jikalau seseorang hamba bertemu dengan Allah dengan membawa semacam dosa kecuali syirik lebih baik dari bertemu Allah dengan satu kebid’ahan”(Al-Imam Syafie, Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-‘Itiqad-dinukil oleh pentahqiq Kitab Syarh Sunnah Al-imam Barbahari, Syaikh Kholid Ar-Rodady)

“Kuburan pelaku dosa besar Ahlu Sunnah bagaikan taman, sementara kuburan seorang yang zuhud dari ahli bid’ah bagaikan lubang neraka”(Al-Imam Ahmad dalam Tabaqatul Hanabilah,1/184-dinukil oleh pentahqiq Kitab Syarh Sunnah Al-imam Barbahari, Syaikh Kholid Ar-Rodady)

Hairan Bin Ajaib

Hairan Bin Ajaib

Aku hairan dengan manusia, bodoh tapi berlagak berilmu, nak cakap soal soal bid’ah tapi tak tau pasal bid’ah, abis nak dibid’ahkan semuanya (misalan sahaja). Hinggakan yang lebih ajaibnya ada orang yang mengatakan “tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan dalil” mungkin hebat giler orang nie (lebih advance dari mujtahid mutlak kot) sedangkan sudah menjadi ijma’ kaum muslimin setiap masalah mesti dirujuk kepada Al-qur’an dan al-hadith sebagai dalil. Sehinggakan jika kita bertelagah atau berselisih Allah menyuruh kembalikan urusan yang kita selisihkan itu pada Allah dan Rasul. Aku tersenyum sendirian mengenangkan hebatnya para ulama’. Abu Marwan pernah bercerita tentang ‘alimnya syeikh Ibnu Baz rahimahullah, ada seorang syeikh (lupa nama) telah berkahwin lamanya tetapi tidak mendapatkan cahaya mata lalu berjumpa dengan Syaikh Ibnu Baz mengadu akan masalahnya lalu dicadangkan oleh Syeikh Ibnu Baz supaya menikah satu lagi kerana Isteri pertama Nabi Ibrahim mengandung setelah Nabi Ibrahim menikah dengan Siti Hajar. Lalu pulang lah sykh itu memberitahu hasratnya untuk menikah lagi lalu keluarga isterinya tidak setuju lalu bercerai mereka dan tak lama kemudian syeikh itu bernikah lagi dan bekas isterinya pun menikah lagi. Selepas itu, isteri syeikh itu mengandung dan bekas isterinya pun mengandung. Lihatlah ‘alimnya Syeikh Ibnu Baz. Lagi menghairankan aku, kita punya masalah maka kita pergi cari penyelesaiannya, kita punya masalah agama maka kita pergi berjumpa orang yang ‘alimnya tetapi ada orang punya masalah diminta penyelesaian didatangkan padanya (sungguh tidak tahu malu)

-----------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman aku belajar matematik, aku hadapkan dengan berbagai-bagai masalah sampai lalok aku. Setiap masalah guru-guru aku sentiasa mengajarkan penyelesaiannya. Supervisor tesisku tak jemu-jemu meminta kami pelajar dibawah seliaannya supaya present draf-draf data, dan hasil kajian sebelum dijadikan tesis supaya diketahui masalah yang kami hadapi dan cepat dia memberi penyelesaiannya. Tetapi ada orang bila berhadapan dengan masalah dijadikan masalah itu semakin besar sehinggakan tiada penyelesaiannya, gelap masa depan orang bermasalah itu, bala’lah yang akan menimpa orang bermasalah itu dan tiadalah ruang dunia ini bagi orang bermasalah itu. Umpama api yang kecil disiram dengan minyak petrol RON97 maka mampu membakar apa saja disekelilingnya termasuk orang yang menyiram minyak itu sehinggakan tiada apa yang boleh diselamatkan. Ayah aku boleh dikatakan ketua bagi adik beradiknya, segala masalah adik beradiknya ayah aku akan cuba bermesyuarat dengan adik beradiknya untuk mencari penyelesaiannya. Ayah aku bukanlah belajar tinggi pun, tapi bila ada masalah dia berfikir untuk cari penyelesaian bukan menambah masalah. Kadang-kadang hairan aku, orang yang ada bachelor of engineering, of science, of itu dan of ini, belajar tinggi-tinggi atau pernah mendapat anugerah kerana kepintarannya bila berdepan masalah gelabah semacam, panik giler babi macam dah tiada rahmat je...seolah-olah bala’ menanti tiba. Itulah yang menghairankan aku. Memang Hairan Bin Ajaib...

(Siri kempen Taisir Al-Zawwaj) Kalau inilah bakal menantumu maka permudahkanlah!!!

(Siri kempen Taisir Al-Zawwaj) Kalau inilah bakal menantumu maka permudahkanlah!!!

Ramai ibu ayah cukup risau apabila anak-anak sudah mula melobi untuk berkahwin dengan cuba mengenalkan pasangan yang disukainya itu terutama yang masih dalam pengajian di universiti. Maka keluar alasan dari sang ayah atau sang ibu “kau tue masih study lagi, kalau kau kahwin kau nak bela anak orang dengan ape?!!”, “tunggu la abis belajar dulu, bila dah dapat kerja kau hendak menikah, menikahlah”, “kalau nak kahwin pastikan kamu dah ada RM20000 (kata mak kawan aku bila melobi nikah kat mak dia) dan bermacam-macam lagi alasan sang ayah dan terutama sang ibu kerana dek risau tentang kemampuan anaknya maka berusahalah sang ibu ayah memberi alasan kepada anaknya untuk menangguh hasrat yang mulia itu. Wahai ibu ayah tidak perlulah risau dalam sejarah dunia Islam seorang pemuda bernikah dengan maskahwin isterinya ialah hafalan Al-Qur’an suaminya dan Ummu Sulaim dinikahi oleh Abu Talhah dengan maskahwin keislaman Abu Talhah. Allah SWT juga telah berjanji akan membantu hamba-hambanya yang ingin menikah.

Wahai ayah, wahai ibu jika inilah bakal menantu yang menjadi pilihan anakmu maka permudahkan perkahwinan mereka. Jika anakmu memilih lelaki dan wanita yang taat beragama maka buat disusahkan. “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara;kerana hartanya, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama nescaya kamu beruntung”(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurayrah). “Jika datang kepada kalian seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah ia (dengan anak perempuan kalian), jika tidak maka terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar”(HR At-Tirmizi dari Abu Hatim Al-Muzani dengan sanad yang shahih). Wahai ayah dan ibu, jika calon pasangan anakmu itu seperti yang dinayatakan oleh Rasulullah SAW maka permudahkanlah untuk membenarkan pernikahan mereka melainkan calon mereka itu yang jelek agamanya, buruk akhlaknya. Kan sudah menjadi harapanmu wahai ayah dan ibu mahukan menantu yang solehah, baik agamanya dan cantik budi pekertinya, penulis teringat dengan nasihat ibu katanya “nanti carilah yang bertudung, baik agamanya”.

Antara ciri-ciri lain yang harus diambil perhatian oleh sang anak ialah kita haruslah mendahulukan gadis dari janda sebagai pilihan melainkan jika ada mashlahat untuk menikahi janda sebagaimana hadith yang Nabi menyuruh Jabir mendahulukan gadis dalam pilihannya (HR Bukhari dan Muslim). Pilihlah yang subur peranakannya “Nikahlah wanita yang subur peranakannya dan penyayang kerana aku akan berbangga di hadapan umat lain dengan jumlah kaliah yang banyak”(Shahih Jami’ Shoghir, no 2940;Sunan Abu Daud dan An-Nasaa’i)

Rujukan:

Al-Wajiz, Panduan Fiqih Lengkap Disajikan Singkat dan Padat Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah yang Shahih oleh Abdul ‘Azhim Bin Badawi Al-Khalafi, Terjemahan oleh Pustaka Ibnu Khathir (2007, cetakan kedua)

Tuesday, December 1, 2009

Apa Kata Doktor Iman...


*Apa Kata Doktor Iman...

Apabila kita merasakan sengal-sengal badan, pening kepala dan tidak sedap rasa maka terdetiklah hati untuk melakukan medical check up di hospital. Begitu juga iman, Ahl Sunnah Wa Al-Jama’ah mengatakan iman itu sifatnya meningkat dan menurun. Meningkat apabila melakukan ketaatan dan menurun apabila melakukan maksiat.

Iman itu sakit apabila ia menurun dan terus menurun. Ambillah perhatian tentang iman kita samada meningkat atau menurun supaya kita cepat-cepat mencari ubatnya jika iman kita sakit. Ciri-ciri iman yang sakit ialah :

1. Mudah melakukan maksiat dan melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah. Tidak merasa risau apabila melakukan maksiat dan tidak malu melakukannya secara terbuka dan berbangga dengan maksiatnya.

Sabda Nabi “Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang melakukan maksiat terang-terangan”(HR Bukhari)

2. Hati yang keras. Tidak makan nasihat dan pelajaran dari Al-Qur’an dan hadith Rasulullah. Menghantar jenazah ke kuburan tetapi tidak pernah memberi kesan pada hatinya, mendengar azdan tetapi tidak menghantar kakinya ke masjid, mendengar khutbah jumaah setiap minggu tetapi tidak memberi bekas pada hatinya.

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi..”(Al-Baqarah,2:74)

3. Tidak dapat memberi tumpuan dalam beribadah. Ibadah yang dilakukan hanya melainkan kerana aktiviti rutin tanpa kefahaman dan ambil peduli.

”Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan bergurau”(HR Tirmizi)

4. Malas dan lalai dalam melakukan ketaatan. Apabila tiba waktu beribadah selalu dilewatkan dan merasa berat untuk melakukannya. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas” (An-Nisa’,4:142). Tidak merasa rugi apabila terlepas peluang beribadah seperti solat terawih, menunda-nunda melakukan haji dan umrah.

5. Dada selalu terasa sempit dan cepat marah. Walhal Rasulullah SAW menegaskan “Iman adalah bersabar dan samahah (memaafkan)”(Silsilah Ahadith Shahihah, no 554,2/86). Bila keadaan suka marah, susah memaafkan dan selalu memikirkan hal-hal yang menyebabkan orang lain mendera maka itulah tanda lemahnya iman.

6. Hati yang tidak tersentuh dengan bacaan Al-Qur’an. Tidak tersentuh dengan janji-janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Qur’an dan tidak ambil pusing tentang arahan dan larangan Allah. Bila membaca dan mendengar Al-Qur’an lekas dihabiskan bacaannya dan cepat-cepat dipadam radio dan kasetnya tetapi bila dengar dan menyanyikan muzik sanggup berjam-jam lamanya.

7. Lalai dan lupa dalam mengingati Allah. Lalai dalam berzikir kepada Allah. Bila berdoakan lekas-lekas diturunkan tangannya. Solat yang ditunaikan hanya rutinan dan sangat sedikit mengingati Allah dalam solat. Lihatlah sifat orang munafik “Dan tidaklah mereka mengingat Allah, kecuali sedikit sekali”(An-Nisa’,4:142)

8. Apabila melihat kemungkaran dia tidak marah. Hatinya tidak merasa apa-apa apabila maksiat dilakukan dihadapannya tetapi apabila haknya diganggu marah bukan main lagi. Maka inilah lemahnya iman. Rasulullah bersabda “Apabila suatu kejahatan dilakukan di suatu negeri, maka orang yang melihatnya, maka orang yang melihatnya kemudian membencinya- dalam riwayat lain, mengingkarinya-maka ia bagaikan orang yang tidak ada di tempat itu. Dan barangsiapa yang tidak ada di tempat itu, tetapi dia meredhainya maka ia bagaikan orang yang menyaksikannya secara langsung”(HR Abu Daud, Shahih)

9. Berebut kekuasaan untuk mendapatkan habuan dunia. “Sesungguhnya kalian akan berupaya keras meraih kekuasaan, padahal ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Awalnya adalah kesenangan, tetapi akhirnya adalah keburukan”(HR Bukhari)

10. Tidak ambil kisah musibah yang menimpa umat Islam contohnya umat Islam di Palestin, Iraq dan lain-lain lagi. Sabda Nabi “tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya”(HR Bukhari)

11. Meremehkan amalan soleh. Rasulullah bersabda “Janganlah kalian meremehkan suatu perbuatan baik, walaupun sekadar mengambil air dari timbamu lalu dituang ke bekas orang yang memerlukan atau sekadar berbicara dengan saudaramu dengan wajah yang ramah”(HR Ahmad)

12. Mengabaikan urusan umat Islam. Dia hanya memikirkan urusannya dan hak-haknya tanpa menghiraukan saudara seagamanya.

13. Tidak merasakan dakwah sebagai satu tanggungjawab dan kepentingan agama Islam. Dia hanya merasakan dakwah ini hanya tugas kyai, ulama’ dan ustaz. Tidak berminat dia untuk menceritakan kelebihan Islam di pejabatnya.

14. Binggung apabila terkena musibah. Apabila terkena musibah mudah putus asa, sedih yang berpanjangan sehingga melalaikan kewajipan agama.

15. Ghuluw atau melampau dalam mencintai dunia. Hatinya hanya bergantung dengan dunia. Suka-duka hanya bergantung akan dunia yang diraihnya.

Maka kawan-kawan jika mempunyai ciri-ciri iman diatas maka ketahuilah iman saudara-saudara sedang sakit dan perlu ubatnya iaitu taqwa dan ketaatan kepada Allah. Itulah kata doktor iman.

*diambil dari 30 wasiat taqwa di bulan Ramadhan dalam tajuk general check up kesihatan iman oleh Ustaz Ainul Haris Umar Thayib.

Tuesday, November 24, 2009

Giler Harta

As-salam

dia masih koma belum lagi mati tapi manusia yang giler harta sudah membahagi-bahagikan hartanya....Last-last dalam perkiraan mereka isterinya mungkin xdapat langsung.

xyah la duk sibukkan harta org...jaga wilayah yang Allah amanahkan kat kita sudey...pening aku....

Saturday, November 21, 2009

(Siri Kempen Akhlak Al-Karimah) Dasar mulut bau longkang


(Siri Kempen Akhlak Al-Karimah) Dasar mulut bau longkang

Dasar mulut memang bau longkang la ko nie... itulah luahan perasaan aku bila melihat orang-orang yang suka menjadi batu api dan suka melaga-lagakan orang.

Batu api disebut An-Namimah dalam bahasa arab. Secara definisinya An-Namimah itu ialah mengadu domba atau menyampaikan sesuatu berita kepada orang lain bertujuan memutuskan jalinan persahabatan dan menyalakan api permusuhan antara manusia. Itulah yang didefinisikan oleh As-Syeikh Mohammad bin Solih Al-Munajjid dalam kitabnya iaitu dosa-dosa yang dipandang remeh (edisi terjemahan). Sesungguhnya Allah mencela perbuatan ini dalam surah Al-Qalam: 10-11

Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah”

Al-imam Al-Bukhari menyebut di dalam kitab shahihnya:-

“Tidak masuk surga Al-Qottat (batu api)”

Al-Qottat ini bermaksud orang yang mencuri dengar perbualan orang lain tanpa pengetahuan mereka lalu menyebarkan berita itu kepada orang lain bertujuan menyalakan api permusuhan. Bahkan Syeikh Muhammad bin Solih Al-Munajjid menyatakan Namimah yang paling teruk atau buruk ialah hasutan yang merosakkan hubungan suami isteri.

Nah, kawan-kawan tahukan sekarang kenapa aku sebut mulut-mulut yang menyebarkan berita untuk memutuskan hubungan persaudaraan antara muslim baunya busuk macam bau longkang bahkan busuk lagi dari itu. Bagi yang memiliki mulut-mulut sebegini insaflah kerana ancaman Nabi SAW bagi orang yang melakukan An-Namimah dan Al-Qottat ini tidak akan masuk surga. Lebih menyedihkan namimah ini dilakukan oleh orang yang terlibat dengan usrah, halaqah dan melazimi menghadiri kuliah kerana bagiku mereka ini orang yang faham agama, kenal Al-qur’an dan faham As-Sunnah bahkan personaliti mereka sendiri menggambarkan mereka orang yang sentiasa bercita-cita masuk surga dan takut dengan azab Allah tapi Syaitan itu tak kenal siapa pun sesiapa yang mengucap kalimah syahadah maka dia akan mengajak mereka tinggal bersamanya di Neraka. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku yang sentiasa melazimi usrah, halaqah dan kuliah agama jagalah mulut kalian supaya baunya sentiasa wangi dan bukanlah bau longkang atau bangkai babi (melakukan namimah atau qottat).

Bagi kawan-kawan yang menjadi mangsa si mulut bau longkang ini lakukanlah seperti yang diarahkan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat,49

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Sesiapa yang merasakan dia beriman maka lakukanlah seperti yang diarahkan oleh pemilik orang yang beriman iaitu periksa berita yang disampaikan kepada kita. Kadang-kadang kita ini hanya pandai berteori “akhi selidiklah dulu hadith itu shahih ke tidak”, “pendapat ini enta dapat dari mana, kitab mana akh?” dalam bab menentukan keshahihan dalam agama kita pandai bertanya soalan-soalan di atas kerana ia urusan agama dan bukankah menjaga ukhwah Islamiyyah itu juga urusan agama. Bahkan ukhwah Islamiyyah itu menjadi bukti Al-Wala’ dan Al-Bara’.

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”(Al-Hujurat,49:10)

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Al-Baqarah,2:208)

“...Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (Al-Baqarah,2:85)

Allah telah menegaskan kepada kita bahawa akibat dari tidak memeriksa sesuatu berita kita akan tersalah membuat keputusan dan akan menyesal akibat tersalah hukum.

Akhir kata, janganlah kita bersikap An-Namimah atau Al-Qottat dan insaflah bagi sesiapa telah melakukanya dan meminta maaflah pada sahabat yang menjadi mangsa anda. Bertaubatlah dengan taubat nasuha.

“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, dia akan difaqihkan (diberi kefahaman) akan agamanya” (Al-Bukhari dalam kitab Al-Ilm, Muslim dalam Kitab Al-Zakat)*

*baru aku faham akan maksud hadith nie. Betapa banyak mana ilmu yang kita miliki pun tanpa kefahaman yang shahih tak berguna juga ilmu tersebut