Sunday, December 6, 2009

(Siri kempen Taisir Al-Zawwaj) Kalau inilah bakal menantumu maka permudahkanlah!!!

(Siri kempen Taisir Al-Zawwaj) Kalau inilah bakal menantumu maka permudahkanlah!!!

Ramai ibu ayah cukup risau apabila anak-anak sudah mula melobi untuk berkahwin dengan cuba mengenalkan pasangan yang disukainya itu terutama yang masih dalam pengajian di universiti. Maka keluar alasan dari sang ayah atau sang ibu “kau tue masih study lagi, kalau kau kahwin kau nak bela anak orang dengan ape?!!”, “tunggu la abis belajar dulu, bila dah dapat kerja kau hendak menikah, menikahlah”, “kalau nak kahwin pastikan kamu dah ada RM20000 (kata mak kawan aku bila melobi nikah kat mak dia) dan bermacam-macam lagi alasan sang ayah dan terutama sang ibu kerana dek risau tentang kemampuan anaknya maka berusahalah sang ibu ayah memberi alasan kepada anaknya untuk menangguh hasrat yang mulia itu. Wahai ibu ayah tidak perlulah risau dalam sejarah dunia Islam seorang pemuda bernikah dengan maskahwin isterinya ialah hafalan Al-Qur’an suaminya dan Ummu Sulaim dinikahi oleh Abu Talhah dengan maskahwin keislaman Abu Talhah. Allah SWT juga telah berjanji akan membantu hamba-hambanya yang ingin menikah.

Wahai ayah, wahai ibu jika inilah bakal menantu yang menjadi pilihan anakmu maka permudahkan perkahwinan mereka. Jika anakmu memilih lelaki dan wanita yang taat beragama maka buat disusahkan. “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara;kerana hartanya, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama nescaya kamu beruntung”(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurayrah). “Jika datang kepada kalian seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah ia (dengan anak perempuan kalian), jika tidak maka terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar”(HR At-Tirmizi dari Abu Hatim Al-Muzani dengan sanad yang shahih). Wahai ayah dan ibu, jika calon pasangan anakmu itu seperti yang dinayatakan oleh Rasulullah SAW maka permudahkanlah untuk membenarkan pernikahan mereka melainkan calon mereka itu yang jelek agamanya, buruk akhlaknya. Kan sudah menjadi harapanmu wahai ayah dan ibu mahukan menantu yang solehah, baik agamanya dan cantik budi pekertinya, penulis teringat dengan nasihat ibu katanya “nanti carilah yang bertudung, baik agamanya”.

Antara ciri-ciri lain yang harus diambil perhatian oleh sang anak ialah kita haruslah mendahulukan gadis dari janda sebagai pilihan melainkan jika ada mashlahat untuk menikahi janda sebagaimana hadith yang Nabi menyuruh Jabir mendahulukan gadis dalam pilihannya (HR Bukhari dan Muslim). Pilihlah yang subur peranakannya “Nikahlah wanita yang subur peranakannya dan penyayang kerana aku akan berbangga di hadapan umat lain dengan jumlah kaliah yang banyak”(Shahih Jami’ Shoghir, no 2940;Sunan Abu Daud dan An-Nasaa’i)

Rujukan:

Al-Wajiz, Panduan Fiqih Lengkap Disajikan Singkat dan Padat Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah yang Shahih oleh Abdul ‘Azhim Bin Badawi Al-Khalafi, Terjemahan oleh Pustaka Ibnu Khathir (2007, cetakan kedua)

No comments:

Post a Comment