Wednesday, April 29, 2009

Islam Menolak Keganasan

Oleh: Ust. Abu Farouq al-Atsari
Sumber: http://bahaya-syirik.blogspot.com

Aksi Keganasan (teroris) dan fahaman terorisma (pengganas) yang masih aktif dan hangat diperkatakan. Ia merupakan fenomena yang menakutkan semua pihak, sama ada pemerintah, orang-orang awam, atau lainnya. Suatu lagi fenomena yang amat dikesali kejadian keganasan yang dilakukan oleh puak pengganas ini sering dikaitkan dan disinonimkan kepada umat Islam. Persoalannya di sini, benarkah agama Islam yang didirikan di atas prinsip yang benar bertanggungjawab (termasuk mendalangi) perbuatan dan perancangan keganasan serta pemberontakan ke atas mana-mana pihak sama ada tempatan atau antarabangsa?

Siapa yang tidak pernah mendengar beberapa peristiwa besar seperti keruntuhan World Trade Center di Amarika Syarikat, pelbagai letupan bom berani mati di sekitar bandar-bandar di Indonesia, letupan bom di salah satu stesen keretapi di London, letupan bom di rumah ibadat kaum Yahudi di Maghribi, serangan ke atas Armada Perang USS Cole di perairan Yaman dan pelbagai lagi aksi letupan serta keganasan yang sering kali dikaitkan dengan tangan-tangan umat Islam. Walau bagaimana pun, bukanlah setiap perbuatan keganasan yang dikaitkan kepada umat Islam itu benar-benar dilakukan umat Islam. Ada juga sebahagiannya yang hanya merupakan sebuah konspirasi dan penyelewengan fakta.

Apa pun, sebenarnya perbuatan atau tindakan menghapuskan, membasmi, menghalang dan sekaligus mewujudkan pengganas sifar bukanlah hanya sekadar bergantung kepada sistem pertahanan, latihan pertahanan yang realistik atau menyediakan alat-alat canggih sahaja, tetapi yang lebih penting dan perlu disedari adalah dengan menghapuskan punca serta faktor yang boleh mencetuskan keganasan itu sendiri. Daripada itu juga, ideologi dan doktrin pengganas juga perlu dikaji, sekaligus dihapuskan. Tiadanya kajian yang menyeluruh dan tidak adanya pembaikan yang tepat terhadap pengurusan dakwah, metod pengajaran, sistem pendidikan, kesan penerimaan pendidikan, kefahaman dan penerapan nilai-nilai agama adalah di antara punca sebahagian umat Islam bertindak di luar prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Walau pun sebenarnya ada faktor-faktor yang lain, namun, di dalam artikel ini, ia akan ditumpukan dan menyentuh kepada skop tersebut sahaja.

Oleh sebab itu, semenjak bermulanya aksi keganasan menjadi isu besar dan utama dunia, para ulama yang teguh berpegang di atas manhaj (prinsip) para Salaf as-Soleh melalui dakwah dan pendidikan berteraskan manhaj Salaf as-Soleh telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghapuskan semua jenis keganasan global (teroris dan terorisme). Para ulama Salaf melalui fatwa-fatwa mereka telah mengharamkan kepelbagaian perbuatan keganasan. Mereka telah menyeru sekalian umat Islam supaya sentiasa menjaga dan memelihara suasana aman damai, mengekalkan keharmonian, berusaha memartabatkan pembangunan ummah, kemajuan negara di pelbagai bidang berasaskan ilmu pengetahuan, peradaban, serta mengarahkan untuk melahirkan rakyat dan negara yang cemerlang.

Para ulama Salaf meyakini bahawa dengan memberikan kefahaman agama yang benar, penafsiran syariat yang jelas dan menyebarkan prinsip-prinsip para Salaf as-Soleh dengan sempurna, ia akan dapat meyakinkan semula umat berkenaan haramnya aksi keganasan kerana apa pun jenis keganasan adalah amat bertentangan dengan konsep dan prinsip agama Islam yang menjadi rahmatan lil ‘alamin (kedamaian, keselamatan dan ketenteraman bagi seluruh alam).

Hanya setelah umat Islam benar-benar memahami manhaj Salaf as-Soleh, mereka akan mempertingkatkan dakwah dan menjadikan dakwah Salafi dan Salafiyah sebagai jalan, inisiatif, dan cara yang lebih profesional untuk membasmi keganasan. Kerana hanya mereka yang berpegang teguh di atas manhaj Salaf sahajalah yang akan benar-benar mampu menghalang individu tertentu dari pengaruh ekstremisme (keterlampauan) atau pengganas sekaligus menegah umat Islam dari melakukan jenayah keganasan yang keji dan mungkar.

Para masyeikh (ulama bermanhaj salaf) telah berusaha mengubah hati dan minda mesyarakat Islam dengan penerapan tentang haramnya fahaman ekstremis dan semua jenis keganasan termasuklah pengeboman berani mati. Antara mereka yang telah mengharamkan apa sahaja yang dianggap keganasan ialah:

1. Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah, beliau mengeluarkan fatwanya: Adapun tindakan sebahagian orang yang mengorbankan dirinya iaitu dengan jalan membawa bom kemudian pergi ke kaum kuffar lalu meletupkan dirinya merupakan perbuatan bunuh diri. Sesiapa pun yang melakukan perbuatan bunuh diri, maka dia kekal di dalam Neraka Jahanam buat selama-lamanya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tindakan pengebom berani mati adalah perbuatan bunuh diri, kerana melakukannya tidak memberi kemaslahatan kepada agama Islam. Oleh kerana itu jika seseorang itu membunuh sepuluh, seratus atau dua ratus orang, perkara tersebut tidaklah memberi sebarang manfaat bagi Islam dan tidak ada orang yang ingin masuk Islam. Oleh sebab itu kami berpendirian bahawasanya aksi pengeboman berani mati adalah termasuk perbuatan bunuh diri yang bertentangan dengan kebenaran yang menyebabkan pelakunya masuk ke Neraka Jahanam. (Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة : Fatwa syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin)

Ketika beliau ditanya menurut hukum syara berkenaan tindakan orang yang membawa bahan letupan, kemudian meletupkan dirinya di tengah-tengah kumpulan orang-orang kafir dengan maksud untuk menghapuskan mereka, apakah boleh dihalalkan berdasarkan kisah seorang pemuda yang memerintahkan raja untuk membunuhnya?

Beliau (Syeikh al-Uthaimin) menjawab: Orang yang meletakkan bahan letupan di tubuhnya, kemudian meletupkan dirinya di tengah-tengah orang-orang kafir merupakan suatu bentuk membunuh diri dan ia akan disiksa di Neraka Jahannam buat selama-lamanya iaitu berlandaskan hadis Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa membunuh diri dengan sesuatu, ia akan disiksa kerananya di Neraka Jahanam”. (Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة : Fatwa syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin) Sungguh keji, mungkar dan terkutuk orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana ia tidak mematuhi larangan Rasulullah dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”. (Surah an-Nisaa’, 4: 29)

Akan tetapi, mereka yang jahil terhadap syariat Islam tetap mahu melakukannya. Padahal mereka tidak memperolehi sesuatu kecuali laknat dari Allah, Rasul-Nya dan sekalian manusia. Para musuh Islam tidak pernah kalah dan tidak dapat dijatuhkan dengan keganasan, sebaliknya mereka bertambah keras tindakannya terhadap orang-orang Islam terutamanya terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut. (Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة (Fatawa al-Aimmah fin Nawazilil Mudlahimmah), Fatwa Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin)

2. Majlis Hai’ah Kibaril Ulama, pada persidangan ke-32, bertempat di Thaif pada 12-18 Muharram l409H. Majlis memutuskan tentang pengharaman keganasan seperti membunuh orang ramai yang tidak berdosa, membuat kerosakan sehingga kehilangan harta-benda yang banyak, kemusnahan kepentingan awan dan sebagainya. Contoh yang diutarakan ialah: Meletupkan bangunan-bangunan, membakar kepentingan awam, memusnahkan jambatan-jambatan, merosakkan kegiatan ekonomi, pengeboman dan penculikan pesawat sama ada perbuatan itu dilakukan di negara-negara yang dekat (negara-negara Islam) atau negara-negara yang jauh (negara orang-orang kafir). Maka setelah mengemukakan dalil-dalil dan alasan-alasan syar’i, Majlis Hai’ah Kibarul Ulama secara ijma’ (sepakat) menetapkan:

Pertama: Seseorang yang terbukti melakukan keganasan (kerosakan) di permukaan bumi sehingga menimbulkan huru-hara dengan cara mengorbankan jiwa secara umum atau khusus seperti meletupkan bangunan yang melibatkan rumah-rumah orang awam, masjid, sekolah-sekolah, hospital, kilang-kilang, jambatan, gudang senjata dan empangan, projek-projek umum milik kerajaan (baitulmal) seperti saluran minyak, meletupkan pesawat atau menculiknya dan seumpama dengannya, bahawa semuanya itu adalah hukuman yang ditimpakan kepadanya adalah hukuman mati sesuai dengan dalil-dalil syara’. Bahawasanya hendaklah dihukum bunuh ke atas seseorang yang melakukan perbuatan tersebut, ini adalah kerana individu yang melakukan tindakan tersebut lebih berbahaya dan lebih digeruni dari orang yang menggunakan cara sederhana ketika menzalimi seseorang seperti membunuh dan merampas hartanya. Demikianlah hukuman yang telah Allah tetapkan.

Kedua: Bahawasanya sebelum menjatuhkan hukum sebagaimana yang dijelaskan di atas, maka sewajarnya bagi mahkamah syar’iyah dan majlis khusus serta mahkamah tinggi mendapatkan klarifikasi tentang hukum membunuh orang yang tidak berdosa dan menjalankan hukuman sebagaimana yang berlaku di negara ini berkaitan dengan bukti-bukti dari segala bukti yang dibuktikan.

Ketiga: Majlis Ulama berpendapat agar hukuman yang dijalankan hendaklah disebar-luaskan kepada masyarakat umum melalui media massa.
(Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة (Fatawa al-Aimmah fin Nawazilil Mudlahimmah))

3. Majlis Haiah Kibarul Ulama juga telah mengeluarkan fatwa tentang haramnya pengkafiran dan keganasan. Iaitu dalam persidangan yang ke-49, di Thaif pada 2 Rabiul Tsani 1419H. Majlis telah mengharamkan antaranya tunjuk perasaan, mogok dan pengeboman berani mati kerana semuanya itu adalah keganasan. Semua yang membawa kepada keganasan diharamkan melalui dalil-dalil syarii.
(Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة (Fatawa al-Aimmah fin Nawazilil Mudlahimmah))

4. Apabila ditanyakan kepada Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: Ya Syeikh! Apa nasihat tuan kepada orang yang melakukan pembunuhan (keganasan) atau semisalnya?

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz rahimahullah menjawab: “Aku berpesan kepada mereka semua agar segera bertaubat kepada Allah dan ikutilah manhaj yang ditempuh oleh para Salaf as-Soleh, berdakwah kepada Allah dengan penuh hikmah dan memberikan kepada ummah pelajaran yang sempurna dan berbincang dengan cara yang paling baik kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh”. (Surah Fussilat, 41: 33)

Islam mengharamkan umatnya dari menjerumuskan diri ke dalam perbuatan yang menyebabkan tertutup peluang gerak dakwah. Jangan menimbulkan angkara yang mencemarkan Islam dan penganutnya”. (Rujuk: فتوى الأئمة فى النوازل المدلهمة (Fatawa al-Aimmah fin Nawazilil Mudlahimmah))

Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz terhadap cara berdakwah yang melibatkan pembunuhan sebagaimana yang dilakukan oleh para pengganas yang mengataskan nama dakwah, maka Syeikh Abdul Aziz bin Bazz berkata:

Ada pun dakwah dengan cara pembunuhan orang yang tidak berdosa bukanlah termasuk dari ajaran sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan bukan juga dari para sahabat baginda. (Seterusnya beliau berkata): “Maka wajib bagi setiap pendakwah agar berdakwah di jalan Allah dengan cara yang terbaik, iaitu berdakwah dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi. Jika tidak berjaya kerana rintangan, maka berdakwah pula kepada pemimpin dengan cara menasihati pemimpin supaya dapat direalisasikan dakwah yang terhalang. Pemimpin adalah tempat bagi juru dakwah berkongsi permasalahan. Pendakwah wajib mendampingi pemimpin menyampaikan tentang hal-hal yang wajib diketahui oleh pemerintah sehingga tercipta hubungan baik di antara ulama dan pemimpin.
(Rujuk: فَتَاوى الأئمة (فى النوازل الْمدْلَهِمَّةِ ) Bab 4, Fatwa Ibn Bazz)

Seluruh ulama Salaf as-Soleh tidak pernah menghalalkan apa jua bentuk keganasan dan serangan ganas terutamanya yang mengakibatkan nyawa, ribuan kematian dan kemusnahan. Para kibarul ulama Salaf (di Arab Saudi) telah mengharamkan keganasan melalui fatwanya yang ditetapkan oleh Majlis Hai’ah Kibarul Ulama yang bersidang di Thaif pada 2/4/1419H.

Doktrin salafi tidak pernah mengiktiraf pengganas dan keganasan walau pun dibungkus dengan nama agama atau jihad, sama ada keganasan dengan meledakkan bom, menggunakan bahan kimia, kuman, nuklear atau apa sahaja alat mahu pun bahan pemusnah. Ada yang bersuara bahawa sejak kebelakangan ini kegiatan pengganas di seluruh dunia sering dikaitkan dengan Wahhabi atau Salafi. Persoalannya, apakah dapat dibuktikan pencetus keganasan datangnya dari dua aliran tersebut?

Ada pun tuduhan yang menyatakan bahawa Wahhabi dan Salafi penyebab lahirnya golongan ekstremis dan pengganas kerana dua aliran ini sering menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an kepada penafsiran yang tidak toleran dalam hubungannya dengan orang yang bukan Islam, seperti menafsirkan al-Quran secara harfiyah, sebagai contoh ialah penafsiran ayat: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai sekutu! Mereka adalah sekutu sesama mereka, dan sesiapa di antara kamu bersekutu dengan mereka maka menjadilah sebahagian daripada mereka. Sesungguhnya Tuhan tidak memberi petunjuk kepada mereka yang zalim”. (Surah al-Ma’idah, 5: 51) Dan lagi: “Barangsiapa yang mengikut agama selain Islam tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang merugi”. (Surah Ali Imran, 3: 85) Ini adalah tuduhan yang datang dari mereka yang tidak memahami manhaj Salaf dan disiplin ilmu Islam secara umum.

Sebenarnya keganasan boleh lahir dari semua masyarakat sama ada berpunca dari situasi perkauman, isu politik, agama, tanah, bangsa, budaya atau sebagainya. Semuanya itu berpunca terutamanya setelah meninggalkan agama Allah yang rahmah, contohnya: Pada tahun 1099M orang-orang Kristian menjadi pengganas terbesar di dalam sejarah dunia apabila membunuh hampir keseluruhan umat Islam dan Yahudi di Baitul Maqdis setelah mereka menguasainya dan terus menanamkan benih kebencian, permusuhan dan peperangan melawan umat Islam.

Setelah pengisytiharan Balfour 1948M yang secara rasmi mengisytiharkan tertubuhnya negara Israil, maka Israil mula mengganas dan rakyat membalas keganasan Yahudi tersebut sehinggalah ke hari ini yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Aksi perbezaan fahaman politik tanah air dari parti UMNO, PAS dan Keadilan yang dipimpin dan dianggotai oleh orang-orang Islam umumnya, senegara dan seagama telah (pernah) mengakibatkan berlakunya peristiwa seperti keganasan Mamali, demonstrasi jalanan dan rusuhan besar-besaran, kafir mengkafir dan bantah membantah secara terbuka, saling mencerca dan mengaibkan.

Pendekatan intelektual dan pengayaan nilai-nilai murni di atas disiplin ilmu serta akidah yang benar, ibadah dan akhlak melalui dakwah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh adalah mekanisme yang relevan untuk memerangi aksi teroris dan ekstremisme yang boleh membawa perubahan positif kepada masyarakat global. Kerana matlamat utama dakwah Salafiyah selain menjunjung akidah ia juga memberi keutamaan bersepadu dan pendekatan untuk membawa umat ke arah rahmatan lil ‘alaimin untuk semua manusia di mana pun mereka berada dan apa pun jua keadaan mereka, termasuklah juga dakwah Islamiyah di Singapura atau pun di Malaysia yang bermasyarakat majmuk (plural). Dan realitinya, seruan dakwah Salafiyah lebih matang kerana sentiasa mewajibkan setiap orang yang beriman agar berpegang teguh dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka”. (Surah Ali Imran, 3: 159)

“Dan tidaklah kami mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta”. (Surah al-Anbiya’, 21: 107)

“Sesungguhnya kelemah-lembutan jika ada pada sesuatu maka ia akan menghiasinya dan jika tidak ada kelembutan pada sesuatu maka ia cacat”. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Fadhlul Rifq, no. 2596)

“Barangsiapa yang tidak memiliki kelemah-lembutan maka diharamkan seluruh kebaikan bagi dirinya”. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Fadhlul Rifq, no. 2592)

Keganasan, pemberontakan, revolusi, demonstrasi dan apa sahaja yang boleh membawa kepada kebinasaan telah diharamkan oleh para ulama Salaf as-Soleh walaupun ia diatasnamakan sebagai jihad kerana tiadalah jihad melainkan diarahkan oleh pemerintah atau ketua Negara, bukan ketua jamaah sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian firqah umat Islam yang menyimpang seperti Jamaah Islamiah (J.I), Ikhwanul Muslimin atau gerakan yang seumpamanya.

Tidak Boleh Mengkhianati Perjanjian

Masyarakat Islam yang hidup di negeri-negeri kafir atau yang dipimpin oleh orang-orang kuffar seperti di Singapura, maka wajib bagi setiap rakyat yang beragama Islam patuh kepada pemimpin mereka walaupun para pemimpin mereka kebanyakannya orang-orang yang bukan Islam. Begitulah sikap para Salaf terhadap pemerintah walaupun bukan pemerintah Islam kerana sesiapa pun yang menetap dan menjadikan dirinya berwarganegara bagi sesebuah negara, maka itu bermakna dia telah membuat perjanjian damai, patuh, taat dan sumpah setia sehingga wajib baginya bersikap amanah sebagai warganegara.

Antara tanda-tanda membuat sumpah setia sebagai perjanjian dengan pemerintah dan berikrar untuk taat dan patuh ialah meminta sijil kelahiran (surat beranak), memohon kad pengenalan dan mendapatkan passport atau surat perjalanan yang disahkan dari pemerintah untuk keluar negara. Semuanya itu tidak dikeluarkan dan diberi oleh pemerintah kecuali untuk warganegaranya di bawah terma-terma tertentu. Malah apabila terjadi sesuatu pada dirinya di luar negara, ia merujuk kepada wakil pemerintahnya (kedutaan) negerinya untuk menyelesaikan masalahnya.

Maka sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang ada perjanjian damai dengan pemerintah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia wajib mematuhi segala undang-undang negara, memelihara perjanjiannya dan tidak melanggar sumpah setia dengan negara tersebut.

Seseorang Muslim yang melanggar perjanjian damai, tidak setia pada perjanjian, tidak amanah sehingga tidak mematuhi undang-undang dan melanggar sumpah setianya, maka negara yang melindunginya berhak mengambil tindakan menurut undang-undang yang diperuntukkan oleh pemerintah. Begitu juga menurut hukum syara’, individu tersebut dianggap sebagai pemberontak dan telah ingkar terhadap agamanya.

Perbuatan seorang muslim yang mengkhianati perjanjian atau membatalkan sumpah setianya dengan cara melakukan pemberontakan atau merancang untuk menjatuhkan pemerintah, maka semuanya itu samalah seperti mengkhianati perjanjian dan melanggar sumpah setianya dengan Allah dan RasulNya. Perbuatan individu muslim tersebut dianggap menentang Allah dan Rasul-Nya, kerana tindakannya samalah seperti melanggar perjanjian dengan Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan Allah telah berfirman di dalam al-Qur’an:

“Dan patuhilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu, setelah meneguhkannya (menyetujuinya), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Surah an-Nahl, 16: 91)

Maksud perjanjian damai ialah tidak boleh menggugat, tidak boleh membuat huru-hara dan tidak dihalalkan memberontak dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara keganasan kerana terdapat amaran dari Allah di dalam al-Qur’an:

“Maka jika mereka (orang-orang kafir) membiarkan kamu dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu, maka Allah tidak memberi jalan bagimu untuk menawan dan membunuh mereka”. (Surah an-Nisaa, 4: 90)

Di dalam al-Qur’an termaktub kanun perjanjian dengan orang-orang kafir, di mana umat Islam diwajibkan mematuhi setiap perjanjian dengan orang-orang kafir tersebut. Mematuhi perjanjian termasuk amalan orang-orang yang bertaqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Kecuali orang-orang musyirikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun dari perjanjianmu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sehingga batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa”. (Surah at-Taubah, 9: 4)

Ayat di atas ini mewajibkan umat Islam memelihara perjanjian dan mentaati pemerintah, malah ayat seterusnya memerintahkan:

“Maka selama mereka berlaku lurus terhadapmu hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa”. (Surah at-Taubah, 9: 7)

Ayat di atas ini sekali lagi mengukur ketaqwaan seseorang yang beriman di antaranya dengan memelihara perjanjian. Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Orang-orang yang melanggar perjanjian Allah setelah perjanjian itu teguh (dipersetujui), dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”. (Surah al-Baqarah, 2: 27)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan memberi syafa’at atau tidak akan membela orang-orang yang melanggar perjanjian dengan kaum kuffar. Baginda bersabda:

“Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi seseorang yang telah mengikat perjanjian damai, atau mengurangkan haknya, atau membebankannya dengan sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi hujahnya (pembelanya) di hari kiamat kelak”. (Hadis Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 3052)

“Sesiapa membunuh orang yang telah memeterai perjanjian damai yang tidak melangar perjanjian, Allah haramkan baginya syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 2760. juga an-Nasai’i, 8/24)

Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis sahih, atsar (perkataan) para sahabat dan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang telah mengharamkan dan menganggap betapa kejinya orang-orang yang melanggar perjanjian, pelaku keganasan, pembantunya, yang bekerjasama dengannya lebih terutamanya perancang yang merancang perbuatan yang terkutuk ini. Maka setiap rakyat yang mengetahui setiap rancangan yang membawa kepada terkorbannya banyak nyawa dan menimpakan kerosakkan, hendaklah dilaporkan (diadukan) dengan segera kepada pihak yang berkuasa atau yang bertanggungjawab ke atas keselamatan rakyat (pihak berkuasa). Sesiapa yang sengaja menyembunyikan atau membiarkannya, samalah juga seperti berkerja-sama dengan penganas. Allah ‘Azza wa-Jalla befirman:

“Bertolong-tolonganlah kamu di atas kebaikan dan taqwa dan janganlah bertolong-tolongan di atas perbuatan dosa dan permusuhan”. (Surah al-Ma’idah, 5: 2)

Keganasan Itu Bukan Dari Islam

Para ulama Salaf as-Soleh sepakat telah mengharamkan segala jenis keganasan. Dan mereka yang benar-benar bermanhaj Salaf santiasa memelihara perintah Allah dan Rasul-Nya, berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah serta mematuhi firman Allah ‘Azza wa-Jalla yang mengharamkan umat Islam dari membuat sebarang kerosakan sebagaimana firman-Nya:

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah (Allah) memperbaikinya”. (Surah al-A’raf, 7:56)

Ada pun kesalahan dan dosa mereka yang melakukan keganasan seperti pengeboman di tempat-tempat tertentu, melakukan kerosakan, pengeboman berani mati atau melakukan pembunuhan orang lain yang tidak berdosa atau tidak ada kena mengena dengan perjuangan, sama ada melibatkan dirinya hingga terbunuh atau yang seumpamanya, maka ia samalah seperti membunuh manusia keseluruhannya selain dianggap sebagai membunuh diri.

Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:

“Sesiapa membunuh seorang manusia, yang bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya”. (Surah al-Ma’idah, 5: 32)

Ada pun orang-orang Islam telah diwajibkan oleh syara’ mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Allah ‘Azza wa-Jalla telah mewajibkan umat Islam agar mentaati pemerintah selagi tidak memerintahkan melakukan maksiat dan kemudian Allah mengharamkan umat Islam dari perbuatan menderhaka, memberontak atau memerangi pemerintah kerana akan terjadi huru-hara, keganasan, pembunuhan dan kerosakan. Para ulama Salaf as-Soleh menghukum mereka yang merancang, yang melakukan dan yang terlibat di dalam pemberontakan terhadap pemerintah sebagai Khawarij (pemberontak). Pemerintah berhak melaksanakan hukum yang telah ditetapkan terhadap Khawarij. Di akhirat kelak mereka yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan menerima pembalasan sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Qur’an:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, adalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal-balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar”. (Surah al-Ma’idah, 5: 33)

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan keganasan yang diistilahkan di dalam al-Qur’an sebagai kebinasaan atau kerosakan. Kerana pelaku keganasan boleh membinasakan atau merosakkan pelbagai ciptaan Allah, sama ada di daratan, di lautan, di udara atau di mana sahaja keganasan tersebut dilakukan terutama yang melibatkan nyawa atau mengakibatkan kerosakan harta-benda milik kerajaan, milik awam atau peribadi. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu) ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan”. (Surah al-Baqarah, 2: 204-205)

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala melindungi kita semua dari kepelbagaian bentuk keganasan dan kerosakan yang dilakukan oleh pelaku maksiat yang berupa aksi keganasan atau teroris. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita dari terjebak sama ke dalam golongan pengganas dan perosak, iaitu dengan sentiasa memelihara diri kita dengan meningkatkan keimanan yang di atas manhaj ilmu yang benar.

Saturday, April 25, 2009

Kunci Syurga


Oleh: Abu Ayyub Muhammad Fashan Ibn Ahmad Ziadi al-Athary
Sumber : http://madrasahhadith.blogspot.com/
Bagaikan sebuah pintu yang terkunci, sudah semesti untuk membukanya memerlukan sebuah kunci untuk membuka pintu tersebut.Pernahkah kita terbayang akan pintu-pintu syurga? Bagaimana kita hendak membuka pintu-pintunya? Bagi yang sentiasa merindui syurga pasti akan berusaha mencari kuncinya walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.
Usahlah kita gundah dan gelisah kerana Rasulullah sallallhu`alaihiwasallam sudah menunjukkan kepada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadith:

من قال : لا إله إلا الله ( مخلصا ) دخل الجنة
Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan,maka dia akan masuk syurga.[1]
Jelas kepada kita kunci syurga itu adalah kalimah tauhid yang sering kita ucapkan.Namun cuba kita fikirkan adakah semudah itu untuk kita membuka pintu syurga? Bukankah kita melihat masih ramai orang yang membuat perkara-perkara kesyirikan, meminta kepada selain Allah, percaya kepada dukun, pawang , masih menyembah dan berdoa kepada kubur orang-orang soleh dan banyak lagi perkara yang merosakkan akidah dilakukan? Apakah golongan sebegini juga akan mudah sahaja membuka pintu syurga sekaligus memasukinya? Tidak mungkin!!

Ketahuilah setiap kunci pasti ada giginya.Mana mungkin kunci yang tidak bergigi boleh membuka sesebuah pintu.Begitu jugalah pintu bagi syurga iaitu kalimah tauhid.Jadi pintu syurga hanya boleh dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergigi.

Imam Bukhari[2] rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih[3]: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”[4]
Lalu apakah yang dikatakan gigi bagi kunci tersebut iaitu kalimah لا إله إلا اللهitu? Ketahuilah gigi kunci kalimah tauhid tersebut ialah syarat-syarat لا إله إلا الله !!!. Syeikh Hafiz Ibn Ahmad al-Hakami telah meletakkan tujuh[5] syarat kalimah لا إله إلا الله di dalam kitabnya[6] Syarat-syaratnya ialah:

1. العلم , al-`Ilmu( mengetahui)

Maksudnya adalah kita harus mengetahui maksud kalimah لا إله إلا الله dengan sebenar-benarnya.Ertinya ialah: “ Tidak ada Tuhan(Ilah) yang berhak disembah ,melainkan Allah”.Dalilnya ialah:

Firman Allah ta`ala:

وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat; akan tetapi (orang yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka mengetahuinya[7]

Berkata Ibn Kathir rahimahullah ketika menafsirkan perkataan
إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ :
لكن من شهد بالحق على بصيرة وعلم، فإنه تنفع شفاعته عنده بإذنه له
Akan tetapi sesiapa yang mengakui yang hak(tauhid) dengan al-Bashirah [8]dan ilmu.

Adapun dalil daripada As-Sunnah pula ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Sesiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada Ilah(Tuhan) yang berhak disembah melainkan Allah, nescaya dia akan masuk syurga.[9]

Seandainya kita mengucapkan kalimah tersebut, tanpa mengetahui dan mengerti maknanya ynag sebenar maka ucapan atau persaksian tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya bagi kita.


2. اليقين , al-Yaqiin (meyakini)

Maksudnya adalah kita haruslah meyakini secara pasti kebenaran kalimah tauhid لا إله إلا الله tanpa keraguan dan bimbang sedikit pun.

Dalilnya ialah firman Allah ta`ala:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu[10]

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ لَا يَلْقَى اللَّهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ فِيهِمَا إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(Ilah) yang berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah.Tidaklah seorang hamba bertemu dengna Allah sambil membawa dua kalimah syahadah tersebut tanpa ragu-ragu kecuali pasti dia akan masuk syurga.[11]

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam pernah memberikan sepasang sepatunya kepada Abu Hurairah radiallahu`anhu sambil bersabda:


فَمَنْ لَقِيتَ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّة
Sesiapa yang kamu temui di sebalik kebun ini yang mengucapkan “ La ilaha illallah” dengan penuh keyakinan terhadapnya, maka khabarkanlah ia akan dimasukkan ke dalam syurga.[12]

3. القبول , al-Qobulu (menerima)

Maksudnya kita harus menerima segala tuntutan لا إله إلا الله dengan penuh penerimaan senang hati, lisan dan perbuatan, tanpa menolak sedikitpun.Kita tidak boleh sombong menolak kalimah tersebut sama ada untuk mempelajari dan menerima tuntutannya sepertimana yang berlaku kepada kaum musyrikin,

Firman Allah ta`ala:

نَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ (35) وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوا آَلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ (36)
Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri.

dan mereka berkata: "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?"[13]


Bersambung…………………………………………..


Sambungan ..Ditulis pada 21 Rabi`ul Akhir 1430H/17 April 2009


4. الانقياد, al-Inqiyaad ( Tunduk, menyerah atau patuh)

Maksudnya kita harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله dalam amalan-amalan dan tindak tanduk kita.

Firman Allah ta `ala:

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya[14]

Firman Allah ta`ala lagi:


وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى

Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.[15]

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
Tidaklah beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah kamu menjadikan hawa nafsumu mengikuti terhadap apa yang dibawa olehku.[16]


5. الصدق , ( Jujur dan Membenarkan)

Maksudnya kita harus jujur dalam melaksanakan tuntutan kalimah tauhid, iaitu sesuai antara keyakinan hati dan amal perbuatan, tanpa disertai kebohongan sedikitpun.

Firman Allah jalla wa`ala:

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)

Alif laam miim. # Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. #Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta[17].

Diriwayatkan daripada Mu`az Ibn Jabal radiallahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah bersabda;

مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّار
Tidaklah seseorang itu mengucapkan “ Laa ilaha illallah” dan Muhammad itu rasulullah dengan sebenar-benarnya dalam hatinya melainkan Allah mengharamkan baginya api neraka.[18]

Maka disyaratkan kejayaan ucapan kalimah ini untuk menyelamatkannya dari api neraka supaya mengucapkan dengan benar di dalam hatinya.[19]


6. الإخلاص (Ikhlas dan Murni)

Maksudnya kita harus membersihkan amalan-amalan daripada noda syirik, riya`( ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain).Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

من قال : لا إله إلا الله ( مخلصا ) دخل الجنة
Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan,maka dia akan masuk syurga.[20]

أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

Orang yang paling gembira(berjaya dan bahagia) menerima syafaatku ialah sesiapa yang mengucap Lailahaaillallah dengan ikhlas dari dalam hatinya.
( HR Bukhari 1/174)


7. المحبّة ( Mencintai)

Maksudnya kita harus mencintai kalimat Tauhid, tuntutannya, dan mencintai orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, wala`, setia serta kasihkan mereka sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri.Kita juga harus membenci segala perkara yang boleh merosakkan tauhid itu.

Firman Allah ta`ala;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah[21]

Dari sini kita tahu tanda-tanda kasihnya seorang hamba terhadap Allah ialah dengan mendahului kasihnya terhadap Allah walaupun bertentangan dengan hawa nafsu dan kehendaknya, membenci apa yang dibenci oleh Allah walaupun bertentangan dengan hawa nafsu dan kepentingan dirinya.Membantu dan wala` kepada sesiapa yang membantu agamaNya dan membenci serta memusuhi mereka yang mengingkariNya, seterusnya mengikut jejak langkah dan bimbingan Rasulullah sallallahu`alaihwasallam sepertimana firmanNya:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali-Imraan [3]:31)


[1] Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban lihat Silsilah as-Shahihah 5/354

[2] Beliau ialah Amirul Mukminin fi al-Hadith, Abu `Abdillah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Bukhari (194H-256H), Pemilik Kitab al-Jami` as-Shahih atau lebih dikenali dengan Shahih Bukhari

౩] Beliau ialah Wahab Ibn Munabbih IBn Kamil al-Yamani al-Son`ani ( 34H-100H), seoarng Tabi`in terpecaya dari Son`a Yaman.Rujuk Ruwwat at-తఃద్జిబిన్

[4] Shahih Bukhari 4/456, بَاب مَا جَاءَ فِي الْجَنَائِزِ وَمَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, Maktabah Syaamilah Edisi kedua.

[6] أعلام السنة المنشورة لاعتقاد الطائفة الناجية المنصورة Bendera-Bendera Al-Sunnah Yang Berkibaran Dalam Menerangkan Aqidah, Ahli Al-Sunnah Wa al-Jamaah Golongan Tauladan ms 22.
Penulis menghadiri talaqqi pengajian kitab ini yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Ahmad Najib b.Abdullah Qari hafizahullah, pada 15 April 2009.

[7] Az-Zukhruf 43:86

[8] Menurut Guru penulis, Ustaz Dr Ahmad Najib, maksud al-Bashirah ialah ilmu.Ibn Kathir telah menyebut dua kali perkataan ilmu, hal ini memberi maksud beliau ingin memberi penegasan bahawa betapa pentingnya ilmu untuk memahami kalimah tauhid.Sila rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim. Beliau – Ustaz Dr Najib- juga menegaskan betapa pentingnya merujuk maksud al-Quran kepada Ulama` Tafsir yang muktabar, hal ini bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam memahami maksud dan kehendak perkataan dalam al-Quran.

[9] Shahih Muslim 1/125.

[10] Al-Hujuraat 49:15

[11] Shahih Muslim 1/126

[12] Shahih Muslim 1/133

[13] As-Shaffat 37:35-36

[14] Az-Zumar 39: 54

[15] Luqman 31:22

[16] Hadith hasan, Riwayat Ibn Abi `Ashim dalam As-Sunnah no:14, al-Baghawi dalam Syarhu as-Sunnah 1/213 daripada `Abdullah Ibn `Amru radiallahu`anhu.

[17] Al-Ankabut 29:1-3

[18] Shahih Bukhari 1/218

[19] Ismail Omar, Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah m/s 111,Percetakan HIZA, Kajang

[20] Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban lihat Silsilah as-Shahihah 5/354

[21] Al-Baqarah[2]:165

Perangai Generasi Salaf As-soleh

Wednesday, April 15, 2009

Ya Allah...

Ya Allah,
Tidak layak rasanya mengaku mencintaimu,
Segala arahanmu ku abaikan,
Segala laranganmu kulakukan,
Namun kau masih menyayangiku.

Ya Allah,
Kau tidak kisah sebesar mana dosaku,
Kau mengampuniku melainkan ku menduakanmu,
Sungguh aku masih lupa yang kau msh mencintaiku.

Ya aAllah,
Bodohnya aku mensiakan cintamu,
Oh tuhan, aku mohon jgn lah Kau tinggalkan aku,
Walau sekelip mata.
-Abu Umar, Bilik Koleksi KPM,Perpustakaan Tunku Bainun UPSI,6.30pm.

Sunday, April 12, 2009

Alhamdulillah...


As-salam.
Pada tanggal 11/04/09 Abu umar telah mendapat anak buah baru..hahaha..
syukur Al-hamdulillah.
-Abu Umar, D310,13/4/09,2.28pm

Friday, April 10, 2009

Mulai Hari Ini Aku Kena Sedar!!!!

as-salam.
mulai hari ini aku kene sedar yang aku ini adalah CIKGU@GURU!!!!
salah apa yang aku ajar maka aku telah melakukan kesilapan yang paling besar!!!!

Thursday, April 2, 2009

As-salamualaikum

As-salamualaikum.
Al-hamdulillah lama aku tidak menulis dalam blogku ini. Sejak dua atau 3 hari ini aku asyik teringay kata-kata yang dilafazkan oleh Prof Madya Abd Wahab jusoh. Ketika kami (studentnya) tidak boleh jawab latihan yang diberi kerana kami tiada kesungguhan nak jawab beliau telah berkata:”kan surga itu hanya untuk yang mau saja” dan katanya lagi :”A itu juga bagi orang yang mau saja” kata-kata itu masih terngiang dalam kepala otak ku. Semalam aku mendengar khutbah eid yang disampaikan oleh al-Ustaz Abd Hakim Amir Abdat yang bertajuk kembali kepada islam juga menyebut hal yang sama iaitu sabda nabi saw :” semua manusia akan masuk surga kecuali bagi yang yang tidak mahu” (Ustaz Abd Hakim tidak memberitahu sumbernya sesiapa yang tahu sila berikan takhrijnya).
Itulah bila mengenangkan ayat tersebut aku hanya melafazkan dimulut nak masuk surga hanya di mulut tetapi tidak membuktikan dengan perbuatan. Insya’allah aku akan berusaha untuk menjadi orang yang mau surga itu. Ya Allah...jadikanlah aku orang yang mau surga kurniaan-Mu itu. Ya Allah aku bermohon pada-MU supaya dimasukkan kesurga dan aku berlindung dengan-MU dari api neraka.