Saturday, November 21, 2009

(Siri Kempen Akhlak Al-Karimah) Dasar mulut bau longkang


(Siri Kempen Akhlak Al-Karimah) Dasar mulut bau longkang

Dasar mulut memang bau longkang la ko nie... itulah luahan perasaan aku bila melihat orang-orang yang suka menjadi batu api dan suka melaga-lagakan orang.

Batu api disebut An-Namimah dalam bahasa arab. Secara definisinya An-Namimah itu ialah mengadu domba atau menyampaikan sesuatu berita kepada orang lain bertujuan memutuskan jalinan persahabatan dan menyalakan api permusuhan antara manusia. Itulah yang didefinisikan oleh As-Syeikh Mohammad bin Solih Al-Munajjid dalam kitabnya iaitu dosa-dosa yang dipandang remeh (edisi terjemahan). Sesungguhnya Allah mencela perbuatan ini dalam surah Al-Qalam: 10-11

Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah”

Al-imam Al-Bukhari menyebut di dalam kitab shahihnya:-

“Tidak masuk surga Al-Qottat (batu api)”

Al-Qottat ini bermaksud orang yang mencuri dengar perbualan orang lain tanpa pengetahuan mereka lalu menyebarkan berita itu kepada orang lain bertujuan menyalakan api permusuhan. Bahkan Syeikh Muhammad bin Solih Al-Munajjid menyatakan Namimah yang paling teruk atau buruk ialah hasutan yang merosakkan hubungan suami isteri.

Nah, kawan-kawan tahukan sekarang kenapa aku sebut mulut-mulut yang menyebarkan berita untuk memutuskan hubungan persaudaraan antara muslim baunya busuk macam bau longkang bahkan busuk lagi dari itu. Bagi yang memiliki mulut-mulut sebegini insaflah kerana ancaman Nabi SAW bagi orang yang melakukan An-Namimah dan Al-Qottat ini tidak akan masuk surga. Lebih menyedihkan namimah ini dilakukan oleh orang yang terlibat dengan usrah, halaqah dan melazimi menghadiri kuliah kerana bagiku mereka ini orang yang faham agama, kenal Al-qur’an dan faham As-Sunnah bahkan personaliti mereka sendiri menggambarkan mereka orang yang sentiasa bercita-cita masuk surga dan takut dengan azab Allah tapi Syaitan itu tak kenal siapa pun sesiapa yang mengucap kalimah syahadah maka dia akan mengajak mereka tinggal bersamanya di Neraka. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku yang sentiasa melazimi usrah, halaqah dan kuliah agama jagalah mulut kalian supaya baunya sentiasa wangi dan bukanlah bau longkang atau bangkai babi (melakukan namimah atau qottat).

Bagi kawan-kawan yang menjadi mangsa si mulut bau longkang ini lakukanlah seperti yang diarahkan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat,49

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Sesiapa yang merasakan dia beriman maka lakukanlah seperti yang diarahkan oleh pemilik orang yang beriman iaitu periksa berita yang disampaikan kepada kita. Kadang-kadang kita ini hanya pandai berteori “akhi selidiklah dulu hadith itu shahih ke tidak”, “pendapat ini enta dapat dari mana, kitab mana akh?” dalam bab menentukan keshahihan dalam agama kita pandai bertanya soalan-soalan di atas kerana ia urusan agama dan bukankah menjaga ukhwah Islamiyyah itu juga urusan agama. Bahkan ukhwah Islamiyyah itu menjadi bukti Al-Wala’ dan Al-Bara’.

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”(Al-Hujurat,49:10)

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Al-Baqarah,2:208)

“...Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (Al-Baqarah,2:85)

Allah telah menegaskan kepada kita bahawa akibat dari tidak memeriksa sesuatu berita kita akan tersalah membuat keputusan dan akan menyesal akibat tersalah hukum.

Akhir kata, janganlah kita bersikap An-Namimah atau Al-Qottat dan insaflah bagi sesiapa telah melakukanya dan meminta maaflah pada sahabat yang menjadi mangsa anda. Bertaubatlah dengan taubat nasuha.

“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, dia akan difaqihkan (diberi kefahaman) akan agamanya” (Al-Bukhari dalam kitab Al-Ilm, Muslim dalam Kitab Al-Zakat)*

*baru aku faham akan maksud hadith nie. Betapa banyak mana ilmu yang kita miliki pun tanpa kefahaman yang shahih tak berguna juga ilmu tersebut




No comments:

Post a Comment