Tuesday, November 17, 2009

[Siri kempen Taisir Al-Zawwaj] Wahai Ibu..Wahai ayah permudahkanlah urusan pernikahan anakmu!!!

Semua muslim telah berittifaq (sepakat) bahawa menjadikan Al-qur’an dan As-sunnah itu menjadi rujukan utama dalam meniti kehidupan ini. Ingatlah bahawa Islam itu agama yang mudah seperti yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam shahih Bukhari :-

“Permudahkanlah jangan menyusahkan, berilah berita gembira, janganlah menakutkan”

Lihatlah itulah yang dikempen oleh Baginda dan menjadi method dakwah sekelian para dai’e. Kita semua sudah maklum bahawa maksiat adalah bencana buat kita dan zaman ini telah tersebarnya maksiat merata-rata seperti budaya hedonisme, percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, peminuman arak, zina, dan bermacam-macam lagi. Hal-hal begini juga berlaku juga kepada anak muda yang ingin dan sentiasa beristiqomah dengan Islam. Ingatlah!!!Syaitan itu tidak mengenal siapa pun baik yang berkupiah, baik yang berseluar jin, dan sesiapa yang mengaku dia beriman maka ketahuilah syaitan musuh kita yang nyata. Jadi berlakulah satu usaha sang anak untuk menjauhi maksiat seperti zina, ikhtilat yang haram dengan berusaha menuju ke gerbang perkahwinan. Ibu bapa kini asyik leka dengan adat dan tradisi sehingga menjadikan adat perkahwinan itu susah (konon biar mati anak jangan mati adat blahh la!!) dan memayahkan anak-anak dan hal ini juga berlaku juga pada keluarga yang berlatarkan pendidikan agama dan faham agama Islam dan ini sangat menyedihkan!!. Maka anak-anak muda yang ingin berkahwin tapi tidak matang mengambil jalan mudah dengan melakukan pernikahan rahsia untuk menyelamatkan diri mereka dari melakukan maksiat. Al-hamdulillah, sebenarnya penulis bersetuju dengan tindakan itu tetapi penulis ingin memesan kepada anak-anak janganlah membuat ibu dan ayahmu sedih kerena ia satu dosa. Lihatlah seorang pemuda yang berjumpa Nabi untuk keluar berjihad telah membuat ibunya sedih lalu Rasulullah menyuruh pemuda itu pulang ke rumah dan menggembirakan ibunya sebagaimana dia membuat ibunya menangis.

Wahai ibu, wahai ayah, wahai wali nikah sesungguhnya permudahkanlah anak-anakmu bernikah kerena permudahkan mereka menikah ini telah dilakukan oleh INSAN yang maksum, Muhammad Ibn Abdillah SAW. Al-Imam Muslim menyatakan dalam kitab al-nikah dalam shahihnya kisah seorang pemuda ingin sangat bernikah sehingga tidak ada apa-apa untuk dijadikan mahar atau maskahwin lalu Rasullullah bertanya padanya apakah yang kau hafal dari ayat Al-Qur’an, pemuda itu menjawab surah sekian dan sekian lalu Rasulullah mengarahkan pemuda itu pergi pada wanita iaitu isterinya yang dinikahkan oleh Rasulullah dengan mahar hafalan surah dan hal ini dibenarkan oleh syarak. Maka ibu dan ayah yang sering KHILAF, manusia yang MAKSUM itu pun memudahkan perkahwinan lagikan kita yang sentiasa silap dan berbuat salah. Lihatlah bahawa pemuda yang meminta dikahwinkan itu bersungguh meminta pada Rasulullah supaya dinikahkan kerana dia sangat ingin menjaga maruahnya serta kemaluannya dan begitulah sebahagian anak-anak yang mula memahami Islam dan mengamalkannya.

Bagi ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang berkahwin rahsia (sebenarnya banyak pasangan yang bernikah secara rahsia) janganlah engkau bersedih diatas perbuatan anakmu kerana ketika mereka membuat keputusan itu bukan niat untuk mengguris hatimu tetapi mereka sedaya untuk menyelamatkan diri mereka dari api nereka yang pedih. Sepatutnya berbanggalah memiliki anak seperti itu. Cuma jalan yang dipilih itu salah menurutmu. Mungkin malu anakmu berkahwin rahsia dibandingkan malu anakmu mengandung anak luar nikah lebih ringgan dan boleh diterima.

Maka akhirnya, permudahkanlah pernikahan anakmu janganlah kerana mahukan perkahwinan anakmu dipandang hebat dan gah lalu menyulitkannya maka apalah guna bila anakmu mengandung anak luar nikah baru hendak dipermudahkan perkahwinannya.




No comments:

Post a Comment