Thursday, October 8, 2009

Korupsi

Korupsi

Hari tue aku ade sembang dgn member tntg korupsi yg dilakukan oleh pemimpin kita khusus pemimpin umno.
Disini aku nak kongsi kata umar ibn khattab tp al-imam anwawi menyandarkan kata-kata ini kepada nabi tapi riwayatnya mauqof (riwayat imam ahmad)dan sykh al-albani melemahkannya dalam silsilah dhaifah
“hisablah dirimu, sebelum dirimu dihisab” itulah kata-katanya.
Jadi cuba kita lihat pulak korupsi yg mgkn dilakukan rakyat Malaysia. Katalah purata kakitangan awam dibayar sejam mereka bekerja kerajaan bayar rm100. Kalaulah setiap hari mereka punch card pada waktu pagi dan pastu pg lepak sarapan dalam sejam dalam waktu kerja dan katakanlah seluruh malaysia ada 1000 org yg buat camtu. Berapa ringgit malaysia kerajaan malaysia membayar gaji buta dalam waktu sejam kepada 1000 org tersebut.

1000org×rm100×5hari(isnin-jumaat)×4mggu(sebulan)×12(setahun)=rm240 juta

Maknanya kerajaan rugi rm240 juta setahun kalau 1000 org dari 1.2 juta kakitangan awam yg ade. Belum lg penyelewengan klaim perjalanan, penginapan dan lain-lain. Maka pikir la selagi ade otak. Aku tulis nie bukan sebab nak melepaskan kesilapan2 yg dilakukan mereka. Tapi sebagai muhasabah diri. Nasihatlah dirimu sebelum nasihatkan org lain.

No comments:

Post a Comment