Saturday, July 25, 2009

Isra’ Mi’raj: Ada khabar dari Tuhan

Oleh: Ustaz Abdul Razak B. Abdul Muthalib
Pensyarah Al-Qur'an Dan As-Sunnah, IIC

Memperingati peristiwa Isra’ Mi’raj bukan sekadar menjadikannya sebagai aktiviti rutin yang memenuhi kalendar setiap tahun. Jika itulah keadaanya, ianya tidak kurang sama sahaja seperti kita menyambut Musim Melawat Malaysia…Sudah pasti, yang dituntut adalah lebih dari itu.
Saya tidak membahaskan dari segi tarikh bilakah berlakunya isra’ mi’raj. Sememangnya di kalangan para cerdik pandai Islam, mereka berbeza pendapat di dalam menyatakan tarikhnya sebenar. Oleh itu, jika ada orang yang mengatakan bahawa 27 rejab ini bukanlah tarikh sebenar isra’ mi’raj, kita tidak perlu cepat melatah dan membantah. Kerana, apa yang penting dan semua orang pasti setuju adalah peristiwa isra’ mi’raj ini adalah kisah benar dan ianya telah pun berlaku -berdasarkan fakta2 al-Quran dan hadis yang sahih-…Oleh itu, kurang untungnya jika kita menjadikan perbezaan tarikh itu sebagai topik perbincangan utama. Sedangkan, masih ada banyak pengajaran dan mesej lain yang boleh dikutip dan dijadikan iktibar.
Salah satunya ialah persoalan kenapa Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu dibawa ke Masjid al-Aqsa sebelum diangkat ke langit dan ke Sidratul Muntaha? Sedangkan, bisa saja Allah Yang Maha Hebat lagi Berkuasa itu untuk membawa terus Nabi Muhammad naik ke langit. Tidak ada yang mustahil bagi Yang Maha Pencipta kerana Dia pemilik segala yang ada di bumi dan di langit. Tapi, kenapa dari Masjid al-Haram singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
Orang beriman sudah tentu perlu berfikir sejenak tentang perkara ini. Mesti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan..Menurut para cendikiawan Islam, hal ini adalah untuk menunjukkan kedudukan, kepentingan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam. Orang beriman tidak perlu lagi mempertikaikan kenyataan ini. Apa lagi yang hendak dikatakan terhadap masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Apa lagi yang hendak ditafsirkan kepada masjid yang Rasulullah masukkannya sebagai salah satu daripada tiga tempat yang sangat-sangat dituntut untuk kita menziarahinya (selaian daripada Masjid al-Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah). Apa lagi yang kita hendak faham terhadap masjid yang Rasulullah saw berikan jaminan bahawa solat di dalamnya digandakan pahala sebanyak lima ratus.
Tiada lagi jawapan yang lebih layak melainkan ini semua menunjukkan kepentingan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa terhadap umat Islam…Tapi, apakah nasib masjid yang mulia ini sekarang? Apakah yang telah berlaku terhadap bumi isra’ ini sekarang? Apakah keadaan saudara kita yang menjadi penghuni bumi isra’ ini sekarang?
Seluruh dunia mengetahui jawapannya. Sekarang masjid ini bukanlah lagi milik umat Islam. Sekarang bumi isra’ itu tidak lagi di bawah pemerintahan umat Islam. Sekarang, telah ramai saudara kita seagama di sana yang dibunuh dan diseksa. Siapa punya angkara? Seluruh dunia juga mengetahuinya jawapan….Yahudi (semoga Allah melaknati musuh-musuh Islam)….
Masjid al-Aqsa adalah hak milik seluruh umat Islam. Ia bukan tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata. Kita semua bertanggungjawab untuk membebaskannya dari cengkaman penjajah yang maha zalim, Yahudi…
Tapi, bagaimana? Masing-masing perlu menjawab berdasarkan kemampuan tersendiri. Yang mempunyai kuasa -terutamanya pemimpin-pemimpin negara Arab yang berdekatan dengan Palestin-, jangan terus menjadi bacul, dayus dan pengecut. Dek kerana kedudukan dan takhta, maruah agama digadaikan kepada penjajah durjana. Tunduk akur dan menganguk kepala kepada perintah mereka…Kita sentiasa berdoa dan mengharapkan semoga pemimpin-pemimpin negara Arab ini boleh berpakat dan lakukan sesuatu untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. (Kita tujukan kepada pemimpin negara Arab, kerana kita tahu bahawa ramai umat Islam dari negara-negara Arab tersebut yang bersemangat ingin berjihad membebaskan Masjid al-Aqsa. Tapi, halangan dan sekatannya adalah pemimpin negara yang satu agama)..
Bagi kita umat Islam di Malaysia, apa yang perlu kita buat? Seperti yang saya sebut tadi, jawapannya adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tapi, saya yakin dan percaya ada satu perkara yang semua umat Islam di Malaysia ini mampu lakukan. Kita memiliki satu senjata yang kadang-kadang tidak diguna..”Doa adalah senjata orang mukmin”….Inilah sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan.
Saya ulang…sekurang-kurangnya..Jadi, jangan lupa untuk doakan semoga Masjid al-Aqsa akan bebas dari cengkaman Yahudi durjana dan kembali menjadi milik kita. Suatu hari nanti, kita berharap sangat agar dapat meletakkan kepala rukuk dan sujud di dalamnya. Doakan juga keamanan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di sana. Biar berbeza bangsa, tapi akidah kita sama. Biar berbeza bahasa, tapi keimanan kita sama…
Inilah salah satu mesej peristiwa Isra’ Mi’raj. Sungguh malang jika kita hanya asyik menyambutnya sahaja, habiskan duit, masa dan tenaga, tapi keimanan kita tetap di takuk lama….

Wacana "Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW Dlm Pendidikan"

Al-hamdulillah,
Malam tadi telah selesai wacana ilmiah "Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW Dlm Pendidikan" di Surau Al-falah Kolej Aminuddin Baki, UPSI. Antara ahli panel ialah
Prof. Dr. Supli Efendi B. Rahim (UPSI)
Ust Abdul Razak B. Abdul Muthalib (IIC)
Berikut link rakamannya
http://www.mediafire.com/download.php?uzgeyehyq2y

Wednesday, July 15, 2009

Ibu Maafkan Aku.

Ibu, kutahu kau kecewa,
Miliki anak sepertiku,
Sesungguhnya aku tidak mampu bahagiakanmu,
Tapi Sesungguhnya kaulah ratu hatiku.

Ibu, siapalah aku ini tanpamu,
Patut aku bersyukur dengan memberi saat bahagia,
Tapi pada saat ini aku memberi sedih padamu,
Bukan niatku mahu jadi si tanggang penderhaka.

Ibu, sesungguhnya marahmu juga murka tuhan,
Ku mohon maafmu kerna ku takut murka-NYA,
Oh ibu, kemanalah ku mahu pergi jika kau kecewa,
Ku mohon kau kemaafan dan redhamu.


Tuesday, July 14, 2009

Sekadar coretan


As-salamualaikum.

Alangkah seronoknya bile kita dapat jumpe orang lama tidak kita temui...lagi-lagi die pernah hidup bersama kita. mggu ini Allah berikan ku kesedihan dan bagiku kegembiran dengan kehadiran seorang yang lama meninggalkanku. Dia ialah Abg sepupuku. aku hanya bersembang dalam telepon sahaja, jelas jauh berubah suaranya dari yg dulu. Jelas ade kegembiraan pada suara kami mungkin rindu, ye la 5.5 tahun lamanya tidak berjumpe...hilang. Hujung bulan nie die nak pulang ke kampung aku mesti pulang menemuinya.

Sujud syukur ku panjatkan padaMU Ilahi.


Salam Rindu,
Muhd Mustaffa Kamal B. A.Bidin B. A.Bakar
kepada
Mohd Khairuddin B. Ahmad B. A.Bakar

Monday, July 13, 2009

Bodoh Yg Tidak Pernah Dirasai...

Saya merasakan seseorang itu bodoh jika membuat sistem yang menyusahkan seseorang. Kita memerlukan sistem untuk memudahkan kerja tapi sistem yang kita reka itu menyusahkan kita. Dalam subjek sejarah selalu disebut karenah birokrasi menjadi masalah utama pentadbiran kerana meniru sistem barat. Bodoh sekali kita mengakui ia merupakan masalah tapi kita mengamalnya.

Coffee Talk Datang Lagi..


Assalamualaikum,

Bagaimana pendapat antum semua dengan Coffee Talk yang pertama ? Menarik ? Mendebarkan ? Menyengat ? Mencabar ? ... ..

Oleh demikian untuk mengoncangkan lagi semangat pemuda dan pemudi sekalian GMT sekali lagi akan membawa dengan program Coffee Talk yang lebih panas dan merangsang minda, butiran seperti berikut :

Topik : Unsur Syiah dalam Penulisan Faisal Tehrani

Universiti Penyampai : Universiti Malaya , Sdr. Mohd Rizal Bin Azizan

Tarikh: Sabtu , 18 Julai 2009

Masa : 9.00 PM

Tempat : Kafeteria , Surau Al- Mardhiyah , Taman Melawati

Sasaran : Semua Pelajar IPT / IPTS

Datanglah beramai-ramai yang mewarnai program tersebut.

*Bagi pelajar yang tidak mengetahui jalan ? , mempunyai masalah transport ?atau kekurangan budget untuk ke program tersebut ?, jangan malu atau segan sila hubungi Aiman ditalian : 019-3827525

Friday, July 10, 2009

Revolusi...

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilemma
aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima


As-salamualaikum.

Kita melakukan revolusi (ingat aku bukan syabab HT!!!) dalam diri atau pun diri orang lain kita perlu banyak melakukan pengorbanan. Apa yg kita sayangi kita perlukan gadaikan untuk mencapai matlamat revolusi itu jika tidak ia hanya jadi ilusi semata. Kita tengok ramai yg takut akan bayangan diri sendiri (termasuklah aku) lalu membiarkan keresahan bermaharajalela maka revolusi xmampu dilakukan. Kadang kita nie kedekut untuk memberi hak kita padahal dipinjamkan saja seperti masa, tenaga dan apa2 je. Konon nak lakukan anjakan paradigma tp hapeh gak…
Bak kata syekhi Ust Abd Razak hormatilah diri sendiri dengan melakukan apa yg kita katakan. Usah jadi NATO atau tukang OIC. Buanglah kaki-kaki kerusi kelemahan dan ganti kaki2 kerusi kekuatan.
(Aku saje tulis nie bukan nak bg motivasi kt org lain Cuma bg blk semangat kt diri ini dan perkongsian utk kawan2 )
Kita nie memang pandai cakap, tp...lu pikir la sendiri..

Fitrah...

Satu hari Ali telah megajak Abu bermusafir ke ibu negeri bagi Selangor. Abu pun bersetuju. Tepat pukul 2 ptg mereka pun pergi ke Shah Alam. Sewaktu perjalanan pulang Ali mengajak Abu berhenti makan di food court UiTM kampus Punjak Alam. Sambil mereka makan mereka juga berbincang tentang masalah diri masing-masing. Mereka sebenarnya pernah menjadi kawan rapat dahulu tetapi antara sebab tertentu hubungan mereka agak renggang dan kadang-kadang dingin.
“Li diri aku nie kosong la. Aku rindu diri aku yang dulu” kata Abu yang menyebabkan Ali tersentak dengan kata-kata itu. “ko tau tak mak aku cakap aku ni dah banyak berubah, dulu rajin pegi masjid, rajin baca Al-qur’an tapi dah berubah sekarang” luahan hati Abu. “Semuanya ni kerana dua benda je perempuan dan rokok. Aku berusaha nak berubah tapi aku masih sayang kedua-duanya” luahannya lagi. Ali hanya mendengar dan memberi semangat dan dorongan kepada Ali supaya kembali pada fitrahnya.
---------------------------------------------------------------
Itulah fitrahnya manusia, keinginannya untuk mentaati Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya. Jika manusia itu berusaha melupakan perasaan itu maka kehampaan dan kesunyian akan menyelubungi mereka. Lupakah kita tentang hadith tentang Nabi menyebut bahawa bayi itu seperti kain putih maka ibu-ayahnya yang mencorak sama ada nasrani, yahudi dan majusi dan Nabi tidak menyebut sama ada Islam, nasrani, yahudi dan majusi kerana sesungguhnya Islam itu agama fitrah yang sememangnya patut dianuti oleh setiap yang bergelar jin dan manusia.
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahu”(Ar-Rum:30)
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: telah bersabda Nabi saw “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanya yang menjadikan mereka yahudi, nasrani dan majusi, bagaikan binatang yang melahirkan binatang, apakah engkau temui yang cacat hidungnya (berbeza dari induknya)?”(HR Al-Bukhari&Muslim)
Al-Khaththabi r.h berkata “Setiap anak yang dilahirkan pada asal penciptaannya di atas fitrah, iaitu tabiat yang lurus dan perilaku yang selalu siap menerima kebenaran. Sekiranya dibiarkanbegitu saja, niscaya fitrah itu akan tetap tumbuh. Kerana kebenaran agama ini dibenarkan oleh akal, melencongnya banyak orang kerana buruknya taqlid dan rosaknya lingkungan. Sekiranya ia lepas dan selamat dari hal itu, niscaya ia tidak memiliki keyakinan melainkan keyakinan Islam” (Ma’alimut tanzil, Al-Baghawi, tahqiq: M. Abdullah An-Namir, cet IV,1417, Dar Thaybah, Riyadh)

Rujukan
Al-Qur’an dan termahannya
Untukmu yang berjiwa hanif, Ust Armen Halim Naro, Pustaka Darul Ilmi, Bogor.
-Abu Abdur Rahman, 10/7/09,3.30pm,tg malim-

Thursday, July 9, 2009

Wahai Wanita...

"Jadilah seperti barangan yang sangat berharga di dalam peti kaca, Orang yang mampu memilikimu sahaja yang dapat menyentuhmu"

-Abu Abdur Rahman, 9/7/09,7.00pm-