Saturday, July 25, 2009

Isra’ Mi’raj: Ada khabar dari Tuhan

Oleh: Ustaz Abdul Razak B. Abdul Muthalib
Pensyarah Al-Qur'an Dan As-Sunnah, IIC

Memperingati peristiwa Isra’ Mi’raj bukan sekadar menjadikannya sebagai aktiviti rutin yang memenuhi kalendar setiap tahun. Jika itulah keadaanya, ianya tidak kurang sama sahaja seperti kita menyambut Musim Melawat Malaysia…Sudah pasti, yang dituntut adalah lebih dari itu.
Saya tidak membahaskan dari segi tarikh bilakah berlakunya isra’ mi’raj. Sememangnya di kalangan para cerdik pandai Islam, mereka berbeza pendapat di dalam menyatakan tarikhnya sebenar. Oleh itu, jika ada orang yang mengatakan bahawa 27 rejab ini bukanlah tarikh sebenar isra’ mi’raj, kita tidak perlu cepat melatah dan membantah. Kerana, apa yang penting dan semua orang pasti setuju adalah peristiwa isra’ mi’raj ini adalah kisah benar dan ianya telah pun berlaku -berdasarkan fakta2 al-Quran dan hadis yang sahih-…Oleh itu, kurang untungnya jika kita menjadikan perbezaan tarikh itu sebagai topik perbincangan utama. Sedangkan, masih ada banyak pengajaran dan mesej lain yang boleh dikutip dan dijadikan iktibar.
Salah satunya ialah persoalan kenapa Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu dibawa ke Masjid al-Aqsa sebelum diangkat ke langit dan ke Sidratul Muntaha? Sedangkan, bisa saja Allah Yang Maha Hebat lagi Berkuasa itu untuk membawa terus Nabi Muhammad naik ke langit. Tidak ada yang mustahil bagi Yang Maha Pencipta kerana Dia pemilik segala yang ada di bumi dan di langit. Tapi, kenapa dari Masjid al-Haram singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
Orang beriman sudah tentu perlu berfikir sejenak tentang perkara ini. Mesti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan..Menurut para cendikiawan Islam, hal ini adalah untuk menunjukkan kedudukan, kepentingan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam. Orang beriman tidak perlu lagi mempertikaikan kenyataan ini. Apa lagi yang hendak dikatakan terhadap masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Apa lagi yang hendak ditafsirkan kepada masjid yang Rasulullah masukkannya sebagai salah satu daripada tiga tempat yang sangat-sangat dituntut untuk kita menziarahinya (selaian daripada Masjid al-Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah). Apa lagi yang kita hendak faham terhadap masjid yang Rasulullah saw berikan jaminan bahawa solat di dalamnya digandakan pahala sebanyak lima ratus.
Tiada lagi jawapan yang lebih layak melainkan ini semua menunjukkan kepentingan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa terhadap umat Islam…Tapi, apakah nasib masjid yang mulia ini sekarang? Apakah yang telah berlaku terhadap bumi isra’ ini sekarang? Apakah keadaan saudara kita yang menjadi penghuni bumi isra’ ini sekarang?
Seluruh dunia mengetahui jawapannya. Sekarang masjid ini bukanlah lagi milik umat Islam. Sekarang bumi isra’ itu tidak lagi di bawah pemerintahan umat Islam. Sekarang, telah ramai saudara kita seagama di sana yang dibunuh dan diseksa. Siapa punya angkara? Seluruh dunia juga mengetahuinya jawapan….Yahudi (semoga Allah melaknati musuh-musuh Islam)….
Masjid al-Aqsa adalah hak milik seluruh umat Islam. Ia bukan tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata. Kita semua bertanggungjawab untuk membebaskannya dari cengkaman penjajah yang maha zalim, Yahudi…
Tapi, bagaimana? Masing-masing perlu menjawab berdasarkan kemampuan tersendiri. Yang mempunyai kuasa -terutamanya pemimpin-pemimpin negara Arab yang berdekatan dengan Palestin-, jangan terus menjadi bacul, dayus dan pengecut. Dek kerana kedudukan dan takhta, maruah agama digadaikan kepada penjajah durjana. Tunduk akur dan menganguk kepala kepada perintah mereka…Kita sentiasa berdoa dan mengharapkan semoga pemimpin-pemimpin negara Arab ini boleh berpakat dan lakukan sesuatu untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. (Kita tujukan kepada pemimpin negara Arab, kerana kita tahu bahawa ramai umat Islam dari negara-negara Arab tersebut yang bersemangat ingin berjihad membebaskan Masjid al-Aqsa. Tapi, halangan dan sekatannya adalah pemimpin negara yang satu agama)..
Bagi kita umat Islam di Malaysia, apa yang perlu kita buat? Seperti yang saya sebut tadi, jawapannya adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tapi, saya yakin dan percaya ada satu perkara yang semua umat Islam di Malaysia ini mampu lakukan. Kita memiliki satu senjata yang kadang-kadang tidak diguna..”Doa adalah senjata orang mukmin”….Inilah sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan.
Saya ulang…sekurang-kurangnya..Jadi, jangan lupa untuk doakan semoga Masjid al-Aqsa akan bebas dari cengkaman Yahudi durjana dan kembali menjadi milik kita. Suatu hari nanti, kita berharap sangat agar dapat meletakkan kepala rukuk dan sujud di dalamnya. Doakan juga keamanan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di sana. Biar berbeza bangsa, tapi akidah kita sama. Biar berbeza bahasa, tapi keimanan kita sama…
Inilah salah satu mesej peristiwa Isra’ Mi’raj. Sungguh malang jika kita hanya asyik menyambutnya sahaja, habiskan duit, masa dan tenaga, tapi keimanan kita tetap di takuk lama….

No comments:

Post a Comment