Sunday, December 6, 2009

Hairan Bin Ajaib

Hairan Bin Ajaib

Aku hairan dengan manusia, bodoh tapi berlagak berilmu, nak cakap soal soal bid’ah tapi tak tau pasal bid’ah, abis nak dibid’ahkan semuanya (misalan sahaja). Hinggakan yang lebih ajaibnya ada orang yang mengatakan “tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan dalil” mungkin hebat giler orang nie (lebih advance dari mujtahid mutlak kot) sedangkan sudah menjadi ijma’ kaum muslimin setiap masalah mesti dirujuk kepada Al-qur’an dan al-hadith sebagai dalil. Sehinggakan jika kita bertelagah atau berselisih Allah menyuruh kembalikan urusan yang kita selisihkan itu pada Allah dan Rasul. Aku tersenyum sendirian mengenangkan hebatnya para ulama’. Abu Marwan pernah bercerita tentang ‘alimnya syeikh Ibnu Baz rahimahullah, ada seorang syeikh (lupa nama) telah berkahwin lamanya tetapi tidak mendapatkan cahaya mata lalu berjumpa dengan Syaikh Ibnu Baz mengadu akan masalahnya lalu dicadangkan oleh Syeikh Ibnu Baz supaya menikah satu lagi kerana Isteri pertama Nabi Ibrahim mengandung setelah Nabi Ibrahim menikah dengan Siti Hajar. Lalu pulang lah sykh itu memberitahu hasratnya untuk menikah lagi lalu keluarga isterinya tidak setuju lalu bercerai mereka dan tak lama kemudian syeikh itu bernikah lagi dan bekas isterinya pun menikah lagi. Selepas itu, isteri syeikh itu mengandung dan bekas isterinya pun mengandung. Lihatlah ‘alimnya Syeikh Ibnu Baz. Lagi menghairankan aku, kita punya masalah maka kita pergi cari penyelesaiannya, kita punya masalah agama maka kita pergi berjumpa orang yang ‘alimnya tetapi ada orang punya masalah diminta penyelesaian didatangkan padanya (sungguh tidak tahu malu)

-----------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman aku belajar matematik, aku hadapkan dengan berbagai-bagai masalah sampai lalok aku. Setiap masalah guru-guru aku sentiasa mengajarkan penyelesaiannya. Supervisor tesisku tak jemu-jemu meminta kami pelajar dibawah seliaannya supaya present draf-draf data, dan hasil kajian sebelum dijadikan tesis supaya diketahui masalah yang kami hadapi dan cepat dia memberi penyelesaiannya. Tetapi ada orang bila berhadapan dengan masalah dijadikan masalah itu semakin besar sehinggakan tiada penyelesaiannya, gelap masa depan orang bermasalah itu, bala’lah yang akan menimpa orang bermasalah itu dan tiadalah ruang dunia ini bagi orang bermasalah itu. Umpama api yang kecil disiram dengan minyak petrol RON97 maka mampu membakar apa saja disekelilingnya termasuk orang yang menyiram minyak itu sehinggakan tiada apa yang boleh diselamatkan. Ayah aku boleh dikatakan ketua bagi adik beradiknya, segala masalah adik beradiknya ayah aku akan cuba bermesyuarat dengan adik beradiknya untuk mencari penyelesaiannya. Ayah aku bukanlah belajar tinggi pun, tapi bila ada masalah dia berfikir untuk cari penyelesaian bukan menambah masalah. Kadang-kadang hairan aku, orang yang ada bachelor of engineering, of science, of itu dan of ini, belajar tinggi-tinggi atau pernah mendapat anugerah kerana kepintarannya bila berdepan masalah gelabah semacam, panik giler babi macam dah tiada rahmat je...seolah-olah bala’ menanti tiba. Itulah yang menghairankan aku. Memang Hairan Bin Ajaib...

No comments:

Post a Comment