Saturday, January 30, 2010

Ceritera Praktikum

As-salamualaikum.

Lama sudah aku tidak menulis apa-apa di laman blogku ini. memang sengaja aku membiarkan blog ini tidak dikemas kini. Bukanlah tidak mahu berkongsi dengan sahabat yang sudi menjenguk blogku ini.

Bermula 1 Feb 2010 secara rasminya aku menjalankan praktikum di SMK Banting. Kini aku sedang menjalankan ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Minggu ini dan bulan Febuari mungkin sibuk dengan latihan sukan olahraga. Kini barulah aku tahu bagaiman penatnya bekerja dan berbeza pada zaman berkuliah dulu walaupun penat tapi aku ada banyak juga masa untuk rehat tapi bila dah bekerja ini penatnya berbeza pada masa kuliah dulu. Ada kawan aku nak giler jadi guru sebab bagi dia guru ini pergi kerja awal dan pulang kerja awal katanya. Kerja tak banyak tapi bila lihat cikgu-cikgu senior di sekolah mereka memang sibuk terutama awal tahun macam sekarang, sibuk nak isi data pelajar, sibuk dengan merentas desa, sibuk dengan sukan, meeting sana, meeting sini. Jadi setiap profesyen ada cabaran dan rintangan masing. Engineer mungkin pening dalam mendirikan bangunan yang kukuh serta tidak bocor. Perancang bandar mungkin pening untuk mencipta sebuah bandar yang terancang dan moden serta selamat untuk penghuninya dan menjadi bandar membangun secara mapan. Maka guru pula mempunyai peran yang sama tetapi dalam aspek yang berbeza (mendidik manusia).

Mendidik manusia bukanlah senang, lagi-lagi anak–anak zaman ini kerana budaya, pemikiran dan akhlak mereka ada yang sudah tercemar. Ibarat mengitar air sungai yang tercemar. Sepanjang dua minggu ini ada dua orang pelajar yang kurang ajar dengan aku dan nasib baik aku tidak mengajar kelas mereka. Malas aku nak berkongsi apa perangai mereka itu. Aku mengajar kelas tingkatan dua ixora (kelas kedua) dan ficus (kelas kedua terakhir), guru kelas tersebut memberi panduan kepada aku bagaimana mengawal kelas-kelas tersebut dan tahap kognitif mereka.

Sepanjang dua minggu ini aku banyak relief class dan berbagai-bagai ragam orang aku tengok, betullah kata pepatah melayu “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Berbagai teknik aku cuba untuk mengawal kelas supaya kelas tidak bising tetapi ada yang gagal dan ada yang berjaya serta kesian juga dekat kelas 4 (nama dirahsiakan) mula-mula masuk dah kena marah sebab menganggapkan aku tidak ada di depan, kali kedua aku masuk ke kelas itu hampir kesemua murid terdiam. Minggu lepas, aku ganti cikgu sains kelas yang aku akan ajar iaitu 2 ficus tapi aku belum bagi tahu mereka yang aku akan ajar mereka, memang benar kata cikgu sains tersebut untuk kelas itu aku kena garang supaya kelas itu sentiasa dalam keadaan terkawal. Dalam kelas tersebut aku memberi mereka latihan tajuk sense of hearing and sight, selepas selesai mereka buat latihan, bincang jawapan dan dua soalan mempunyai dua jawapan dan aku suruh mereka mencari jawapan yang lebih tepat (padahal aku tak tahu pun jawapan dia, ya la cikgu tu mintak aku ganti dia 5 minit lagi nak mula kelas tak sedia aku) dan aku nak tanya mereka apabila aku mengajar mereka minggu depan (sekarang dah tahu la jawapannya). Dalam kelas itu, mula-mula garang dan pertengahan kelas baik sikit terus jadi bising dan hura-hara sikit, dan dia buat aku macam budak aku pun layan mereka macam kanak-kanak ternyata mereka tidak tidak suka (itulah kesannya..padan muka). Lepas ini, aku kena tegas dan garang tapi mesra supaya kelas terkawal.

Ada satu kelas itu, aku suruh mereka tulis apa yang pengetua kata masa perhimpunan al-hamdulillah semua pelajar dapat tulis tapi sekumpulan pelajar cina dan india memberitahu aku yang mereka tidak faham apa yang pengetua kata masa perhimpunan...maka bahasa juga menjadi masalah bagi pelajar non-melayu

P/S
-Post ini atas permintaan tuan punya blog Tasyfiyah dan tarbiyah