Tuesday, March 15, 2011

Cebisan kata-kata

Cebisan kata-kata


Al-hamdulillah, pada tanggal 22 november 2010 secara rasminya aku bergelar seorang guru. Kini hampir 4 bulan, aku bergelar guru. Mulai hari pertama hingga hari ini telah banyak aku menimba pengalaman untuk menjadi guru. Mungkin ramai orang mengatakan pekerjaan guru kerja yang mudah dan waktu kerja yg agak singkat dari pekerjaan lain serta cuti yang banyak. Bekerja dengan sikap dan kognitf manusia bukanlah suatu yang mudah dan disini aku bukanlah mahu membuat perbandingan pekerjaan guru dan yang lain. Tidak adil nanti!!.


Cabaran aku menjadi guru sangat berat lagi-lagi aku merupakan anak tempatan di sekolah tersebut dan kebanyakannya pelajar mengenaliku membuatkan kadang-kadang mereka menganggapku seperti kawan-kawan mereka dan kadang-kadang mereka kurang ajar. Pernah sekali aku memarahi pelajarku kerana tidak menghormati aku sebagai guru. Cabaran dalam mengajar dan cabaran dalam urusan pentadbiran sekolah telah banyak membuatkanku sedikit demi sedikit menjadi dewasa.


Bekerja dengan manusia tidaklah sama dengan bekerja dengan komputer atau fail-fail. Aku mesti banyak bersabar dan teguh dalam melayani karenah-karenah manusia, ada yang begitu dan begini. siapa pun kita, diposisi mana pun kita yang penting, kita pandai menghormati orang lain walaupun dengan hanya pencuci mangkuk jamban. Bila kita bekerja dengan seseorang, anggaplah dia sebagai sahabat atau kawan walaupun jawatannya lebih rendah bukannya kuli. Maka tinggi diri dapat diluluhkan, ujub dapat dibuang dan kesucian akhlak dapat diterap. Manusia lainnya dapat menghormati kita sebagaimana kita menghormatinya.


Yakinlah wahai sahabat sekalian, rezeki, jodoh, hidup dan mati ditangan tuhan, kita hanya disuruh berusaha sahaja. Siapa yang tidak berusaha maka dia tidak dapat apa-apa. Dalam alam pekerjaan ini, aku lihat ada budaya dengki-medengki, dan jatuh-menjatuhkan. Bila aku mendengar kes-kes begini, aku teringat kata-kata seorang guru, buanglah rasa hasad, dan tanamlah dalam hati, kita menjaga wilayah kita, dan dia menjaga wilayah dia. Yang penting bersyukur.

~sekedar ini dahulu~

5.25 pm, 15.03.11, sg nibong