Tuesday, October 27, 2009

Pesanan Ulama'-Berpegang teguh kepada Al-qur'an dan As-sunnah

Mari kita lihat pesan-pesan ulama’ mazhab iaitu al-imam Syafi’e, abu hanifah, malik bin anas, ahmad bin hanbal.

Pesan-pesan al-Syafi’e kepada pengikutnya


“setiap orang harus bermazhab kepada Rasulullah saw dan mengikutinya. Apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan berasal dari rasulullah saw tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh rasullullah itulah yang menjadi pendapatku”-(rujuk: riwayat hakim dengan sanad yg bersambung kpd imam syafi’e seperti yg disebut dalam kitab tarikh damsyiq, karya ibnu ‘asakir-dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 57)


“seluruh kaum muslim telah sepakat bahawa orang yang secara jelas telah mengetahui suatu hadith dari rasulullah tidak halal meninggalkannya dan mengikuti pendapat seseorang”(rujuk: ibnul qayyim (II/361), al-filani hal 68- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 58)


“bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadith rasulullah, peganglah hadith rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu”(rujuk: harawi dalam kitab dzamm al-kallam(III/47/1)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 58)


“bila suatu hadith itu shahih, itulah mazhabku”(rujuk: al-nawawi dalam majmu’- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 58)
“Bila suatu masalah ada hadithnya yang sah dari rasulullah saw menurut kalangan ahli hadith tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah mati”(rujuk: abu nu’aim dalam al-hilyah(IX/107)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 59)


Pesan-pesan Abu Hanifah


““jika suatu hadith itu shahih, itulah mazhabku”(rujuk: ibn abidin dalam al-hasyiyah(I/63)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 53)


“tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya”(rujuk: ibn abdil bar dalam kitab al-intiqa fi fadhail ats-tsalasah al-aimmah al-fuqaha’ hlm 145- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 53)


“kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan al-quran dan hadith nabi saw, tinggalkanlah pendapatku itu”(rujuk: al-filani dalam kitab al-qazh hlm 50- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 55)


Pesan-pesan Al-Imam Malik bin Anas


“saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang betul. Oleh kerana itu telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan al-quran dan sunnah, ambillah, dan bila tidak sesuai dengan al-quran dan sunnah tinggalkanlah”(rujuk: ibnu abdil bar dan dari ibn hazm dalam kitab ushul al-ahkam(VI/145)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 56)


“siapa pun perkataannya boleh diterima atau ditolak kecuali hanya nabi sendiri”(rujuk: dikalangan ulama’ mutaakhir hal ini dipopularkan dinisbatkan kpd imam malik dan dishahihkan oleh ibnu abdul hadi dlm ktab irsyad as-salik(I/227)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 56)


“ibnu wahhab berkata: saya pernah mendengar imam malik menjwab pertanyaan orang tentang menyela-nyela jari-jari kaki dalam wuduk maka jawabnya: hal itu bukan urusan manusia. Ibnu wahhab berkata :lalu saya tinggalkan beliau sampai orang-orang yang mengelilinginya sedikit, kemudian saya berkata kepadanya: kita mempunyai hadith dalam hal itu. Dia(imam malik) bertanya bagaimana hadith itu? Saya(ibnu wahhab) menjawab: laits bin sa’ad, ibnu lahiah, amr bin harith, meriwayatkan kepada kami dari yazid bin amr al-mu’afiri, dari abi abdurrahman al-habali, dari mustaurid bin syaddad al-qurasyyiyi ujarnya:saya melihat rasulullah menggosokkan jari manisnya pada celah-celah jari-jari kakinya. Imam malik menyahut : hadith ini hasan, saya tidak mendengar ini sama sekali kecuali kali. Kemudian dilain waktu saya dengar dia ditanya orang hal itu lalu dia menyuruh orang itu menyela-nyela jari-jari kakinya”(rujuk: muqaddimah jarh wa ta’dil, karya ibnu abi hatim- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 57)


Lihat imam malik bila dinyatakan hadith yang shahih dan bertentangan qaulnya maka dia membetulkan qaulnya tanpa merasa malu dan itulah sifat jujur para imam salaf.


Pesan-pesan Imam Ahmad ibn Hanbal.


“janganlah engkau bertaqlid kepadaku atau imam malik,syafi’e,auzai’i dan tsauri, tetapi ambillah dari mana sumber mereka ambil”(rujuk: al-filani hlm 113 dan ibnu qoyyim dalam al-i’lam(II/302)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 60)


“pendapat Auza’i, malik, dan abu hanifah adalah ra’yu(fikiran). Bagi saya semua ra’yu sama saja, tetapi yang menjadi hujjah agama ialah yang ada pada atsar(hadith)”(ibnu abdil bar dlm al-jami’(II/302)- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 60)


“barangsiapa yang menolak hadith rasulullah dia berada di jurang kehancuran”(ibnu jauzi- dinukil dari muhammad nashiruddin al-albani, sifat solat nabi, terjemahan media hidayah, ms 60)


Lihatlah qaul-qaul imam-imam sanjungan kita supaya sentiasa berpegang teguh al-quran dan sunnah shahihah dan meninggalkan qaul mereka jika bertentangan dengan al-quran dan sunnah. Kita sayang dengan kesemua imam-imam kita tetapi al-haq(kebenaran) lebih kita sayang.

No comments:

Post a Comment