Monday, August 24, 2009

Ramadhan Menjenguk Kita

Ramadhan kini datang lagi,
bergembiralah para 'abid yang 'alim,
sinar ini yang ditunggu ramai 'abidin,
rugilah sesiapa yang mensia-siakannya.

Ramadhan menjenguk kita lagi,
tidak sedar kehadirannya bagi yang leka,
mereka ini hanya tunggu tibanya raya,
tiada bermaknalah ramadhan bagi mereka.

Ramadhan melambai-lambai,
disahut bagi yang merebut surga,
bulan yang dinanti untuk meraih taqwa,
berpestalah para ahlinya.

Harapan ramadhan moga menjadi insan taqwa,
surga direbut bagi yang mahu,
ingatlah pesan baginda,
semua masuk surga kecuali yang enggan.

Ingatlah teman!
surga bukanlah tanah warisan pusaka,
Allah memberinya pada yang mahu,
jadikanlah Ramadhan kali ini bulan tarbiyah menuju surga.


Abu AbdurRahman, LAB BIO 4B, 24/8/09

(sebenarnya aku bosan giler dengar lecture bio 3jam woo..tue yang dapat idea nak tulis puisi ini.)

No comments:

Post a Comment