Monday, February 23, 2009

Wahai Kakak Jangan Angkat Kainmu


Wahai kakak jangan angkat kainmu,
Kerna bahagian itu adalah mahkotamu,
Dan hanya untuk dipersembahkan pada *‘kekasihmu’,
Aku sedih mahkotamu menjadi tontonan umum termasuk mataku.

Wahai kakak mengapa kau tidak merasa ia maruah,
Yang perlu kau pertahankan bersungguh-sungguh,
Tuhan menyuruh bukanlah untuk menyusah,
Tapi untuk keharmonian ummah.

Wahai kakak lupakah pada perjuangan Rasulullah,
Dulu kau hina-dina tapi kini kau mulia dan indah,
Tapi sangat manusia itu mudah lupa dan lengah,
Moga kita sentiasa dalam hidayah dan rahmah.

Wahai kakak mahkotamu sangat ternilai,
Maka tutupilah setiap inci diri,
Jangan biarkan dirimu menjadi tiada nilai,
Kerna MUSLIMAH itu begitu mahal dan tiada tolok nilai.

*kekasihmu itu maksudnyer suami.
aku menulis puisi diatas kerana aku sedih melihat wanita begitu mudah mengangkat kainnya ketika hari hujan takut basah tetapi tidak takut azab Allah swt.
-Abu Umar-
2.50pm, D310 KAB UPSI

No comments:

Post a Comment