Monday, April 26, 2010
PENGUMUMAN
Maaf pengunjung blogku, aku tidak akan update blog ini lagi dan segala yang ada dalam blog ini, mana yang baik silakan ambil, mana yang buruk campaklah ke dinding.
Yang benar,
MUHD MUSTAFFA KAMAL BIN A.BIDIN
Dengan saya pemilik blog ini menarik balik pengumuman ini. blog ini akan saya kemas kini seperti biasa.
Wednesday, March 17, 2010
Cinta…
Bila bercakap soal cinta, ramai yang akan fikir cinta adam dan hawa’ maksudnya cinta lelaki dan perempuan. Mungkin akulah orang yang paling tidak layak untuk bercakap soal cinta. Tetapi aku ingin mencoret sepatah dua tentang cinta. Mungkin ramai dari sahabat yang membaca coretan ini akan bertanya lagi-lagi sahabat rapatku “enta ini sudah jatuh cinta ke?” “enta nie dah angau nie”. Tujuan aku menulis tentang cinta ini sebagai muhasabah untuk diriku dan ingin ku kongsikan dengan teman-teman.
Cinta yang agung ialah cinta sang hamba kepada penciptanya. CINTA KEPADA ALLAH, itu sepakat bagi mereka yang bergelar seorang mukmin dan muslim. Semua orang termasuk diri ini sentiasa mengaku cintakan Allah walaupun tingkah laku sang hamba itu tidak mengambarkan dia cinta kepada tuhannya. Termasuklah diri ini. Dosa sering dilakukan tetapi mengaku cinta, sayang...
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Baru-baru ini kita menyambut maulidur-Rasul, maka banyaklah kita lihat perarakkan di sana-sini, tujuannya hanya satu iaitu menunjukkan rasa cinta pada Nabi kita tetapi selepas itu masihkah ada sayang atau cinta padanya... atau rasa cinta itu hanya dibuat-buat setiap tanggal 12 rabiul awal sahaja, mari kita bermuhasabah.
Aku masih teringat kata-kata dari seorang murrabi, nasihatnya tentang couple lelaki-perempuan. Couple jenis ini ibarat nak beli kereta tapi tak mampu, maka dek kerana sayang dan cinta pada kereta itu, setiap hari dia datang ke show room untuk melihat dan menjaga kereta kesayangannya yang bukan miliknya tetapi apakan daya kereta itu bukan miliknya, maka tidaklah dapat dipandu olehnya. Berbeza pula dengan perkahwinan, segala kasih sayang dan rasa cinta dicurahkan pada insan yang dicintanya maka cintanya itu akan dibalas maka tiadalah yang akan rugi. Itulah perumpamaan yang diberikan oleh sang murabbi. Housematte aku dulu pernah menyatakan sesuatu padaku “cinta itu memerlukan pengorbanan”. Kerana cintalah ada orang yang sanggup berkorban membahagi dua duit PTPTN dengan pasangannya..aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya mereka disatukan dalam kebaikan.
Tuesday, March 9, 2010
Matang…
Ustaz aku kata dulu masa kena brainwash pasal couple, dia kata matang nie bukannya boleh buat-buat. Ada la gak aku tgk orang-orang yang berlagak matang... kalo dah dasar tak matang buat je la tak matang. Noktah. Mungkin sapa yg baca nie kata aku tgh marah sambil menulis coretan ni... Cuma teguran saje.
Berfikirlah kita sesuai mengikut umur...ada orang umurnya 25 tahun tapi cara fikirnya mcm 18 tahun seolah dia masih ditanggung oleh ayahnya, dan sebaliknya. Untuk matang kita kena banyak belajar berdikari, dalam permulaan berdikari mmg la susah, kena banyak mintak tunjuk ajar lagi-lagi orang yang lebih senior dari kita. Tapi kalo setiap perkara nak tunjuk dan last-last kejenya semua ditunjuk itu bukan nak berdikari tapi NGADA-NGADA. Maka pikir la sendiri.
Dulu aku pernah letak kat status FB aku “orang yg dibawah selalu melihat orag diatas tapi orang di atas jarang atau lupa melihat org yg dibwh” susah jadi org atas nie byk tanggungjawab...susah juga jd org yg dibawah sebab byk juga tanggungjawab maka masing punya tanggungjawab yg perlu diselesaikan. Maka berfikirlah seperti seorang ‘ORANG’.
Thursday, February 25, 2010
Ceritera Praktikum 2
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka.
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa.
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
-Usman Awang-
As-salamu’alaikum.
Lama sungguh blog ini tidak dapat dikemas kini. Al-hamdulillah hari ini jumaat, cuti maulid rasul (lega!! Biasa pening dengan RPH). Aku mula serasi dengan budaya SMK Banting walaupun mula-mula dulu segan-segan dengan cikgu-cikgu senior tetapi al-hamdulillah hidup aku kini mula sebati dengan perguruan ini. kecintaan pada murid-murid aku semakin bertambah lagi-lagi kepada 2 Ficus. Cikgu semakin sayang kamu semua!! :) . Walaupun dulu setiap menjelang science 2 ficus aku cukup fobia nak masuk kelas tersebut dan tension serta suara aku serak sikit lepas habis kelas sebab asyik menjerit suruh diam, mana tidaknya setiap kali aku cakap mereka pun cakap, aku suruh diam diaorang pun diamlah tapi 5 minit je la. Tapi semalam diam mereka lebih lama dari biasa. Hari rabu lepas pula aku relief kelas 2 ficus dan aku pulangkan kertas ujian topikal diaorang dan beri sedikit jajan bagi mereka yang dapat 70% keatas atas 12 orang kesemuanya, dan aku panggil pelajar yang gagal dan markah mereka 50% kebawah aku tanya mereka mengapa diaorang dapat markah macam itu walhal masa form 1 lulus tapi ujian topikal gagal dan aku minta diorang semua buat akur janji dengan aku supaya lulus 50% keatas. “cikgu tuntut Insya’Allah kamu ni, dan cikgu tuntut promise kamu” itulah kata aku pada diaorang. Aku ceritakan kisah Oden (Zainuddin Ma’amor) kawan aku pada mereka untuk beri motivasi pada mereka dan aku kata pada diaorang “cikgu nak muka-muka ini nanti masa form 3 ada dalam kelas ixora, alamanda, museanda dan cikgu taknak lihat pelajar 2 ficus dan 3 ficus pada tahun depan jika cikgu posting sekolah ini nanti dan hari itu cikgulah orang yang paling seronok tengok kamu” dan kataku lagi “kalau orang tengok langsir rumah kamu lawa orang itu akan tanya kat mak kamu ‘siapa yang buat?’ tapi kalau kamu semua berjaya orang akan tanya ‘macam mana kamu boleh berjaya’ atau ‘macam mana kamu belajar?’ orang tak tanya pun ‘siapa yang ajar kamu?’ jika kamu berjaya cikgu takde apa-apa pun”.
Sebenarnya anak-anak ini ketandusan nasihat dan baja keimanan kerana ada guru pendidikan Islam minta aku relief kelas dia sebab dia ada urusan tetapi aku diminta untuk bawa murid-murid ini ke surau untuk amali solat. Lepas solat, aku pun beri sedikit nasihat dan tazkirah santai tentang ketuhanan dan akhlak mulia al-hamdulillah positif hasilnya mereka dengar dan mudah-mudahan Allah lembutkan hati mereka. Sekali sekala guru perlu memberi nasihat dan menabur baja keimanan dalam hati anak-anak ini jika tidak mereka akan tandus dan hati mereka akan keras maka terjadilah pelajar pandai tetapi sombong dan kurang ajar dengan cikgu.
-rasanya sampai sini kot dulu. Aku nak pergi sarapan dulu...nanti-nanti aku update lagi. Maaflah kawan yang selalu bukak blog ni. Waktu sekolah aku agak sibuk tak boleh nak update blog.-
Saturday, January 30, 2010
Ceritera Praktikum
Lama sudah aku tidak menulis apa-apa di laman blogku ini. memang sengaja aku membiarkan blog ini tidak dikemas kini. Bukanlah tidak mahu berkongsi dengan sahabat yang sudi menjenguk blogku ini.
Bermula 1 Feb 2010 secara rasminya aku menjalankan praktikum di SMK Banting. Kini aku sedang menjalankan ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Minggu ini dan bulan Febuari mungkin sibuk dengan latihan sukan olahraga. Kini barulah aku tahu bagaiman penatnya bekerja dan berbeza pada zaman berkuliah dulu walaupun penat tapi aku ada banyak juga masa untuk rehat tapi bila dah bekerja ini penatnya berbeza pada masa kuliah dulu. Ada kawan aku nak giler jadi guru sebab bagi dia guru ini pergi kerja awal dan pulang kerja awal katanya. Kerja tak banyak tapi bila lihat cikgu-cikgu senior di sekolah mereka memang sibuk terutama awal tahun macam sekarang, sibuk nak isi data pelajar, sibuk dengan merentas desa, sibuk dengan sukan, meeting sana, meeting sini. Jadi setiap profesyen ada cabaran dan rintangan masing. Engineer mungkin pening dalam mendirikan bangunan yang kukuh serta tidak bocor. Perancang bandar mungkin pening untuk mencipta sebuah bandar yang terancang dan moden serta selamat untuk penghuninya dan menjadi bandar membangun secara mapan. Maka guru pula mempunyai peran yang sama tetapi dalam aspek yang berbeza (mendidik manusia).
Mendidik manusia bukanlah senang, lagi-lagi anak–anak zaman ini kerana budaya, pemikiran dan akhlak mereka ada yang sudah tercemar. Ibarat mengitar air sungai yang tercemar. Sepanjang dua minggu ini ada dua orang pelajar yang kurang ajar dengan aku dan nasib baik aku tidak mengajar kelas mereka. Malas aku nak berkongsi apa perangai mereka itu. Aku mengajar kelas tingkatan dua ixora (kelas kedua) dan ficus (kelas kedua terakhir), guru kelas tersebut memberi panduan kepada aku bagaimana mengawal kelas-kelas tersebut dan tahap kognitif mereka.
Sepanjang dua minggu ini aku banyak relief class dan berbagai-bagai ragam orang aku tengok, betullah kata pepatah melayu “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Berbagai teknik aku cuba untuk mengawal kelas supaya kelas tidak bising tetapi ada yang gagal dan ada yang berjaya serta kesian juga dekat kelas 4 (nama dirahsiakan) mula-mula masuk dah kena marah sebab menganggapkan aku tidak ada di depan, kali kedua aku masuk ke kelas itu hampir kesemua murid terdiam. Minggu lepas, aku ganti cikgu sains kelas yang aku akan ajar iaitu 2 ficus tapi aku belum bagi tahu mereka yang aku akan ajar mereka, memang benar kata cikgu sains tersebut untuk kelas itu aku kena garang supaya kelas itu sentiasa dalam keadaan terkawal. Dalam kelas tersebut aku memberi mereka latihan tajuk sense of hearing and sight, selepas selesai mereka buat latihan, bincang jawapan dan dua soalan mempunyai dua jawapan dan aku suruh mereka mencari jawapan yang lebih tepat (padahal aku tak tahu pun jawapan dia, ya la cikgu tu mintak aku ganti dia 5 minit lagi nak mula kelas tak sedia aku) dan aku nak tanya mereka apabila aku mengajar mereka minggu depan (sekarang dah tahu la jawapannya). Dalam kelas itu, mula-mula garang dan pertengahan kelas baik sikit terus jadi bising dan hura-hara sikit, dan dia buat aku macam budak aku pun layan mereka macam kanak-kanak ternyata mereka tidak tidak suka (itulah kesannya..padan muka). Lepas ini, aku kena tegas dan garang tapi mesra supaya kelas terkawal.
Ada satu kelas itu, aku suruh mereka tulis apa yang pengetua kata masa perhimpunan al-hamdulillah semua pelajar dapat tulis tapi sekumpulan pelajar cina dan india memberitahu aku yang mereka tidak faham apa yang pengetua kata masa perhimpunan...maka bahasa juga menjadi masalah bagi pelajar non-melayu
P/S
-Post ini atas permintaan tuan punya blog Tasyfiyah dan tarbiyah
Tuesday, December 15, 2009
saja-saja
Member aku kata sejak-sejak nie tulisan-tulisan aku kasar gayanya...ntah aku pun tak tau ler
mungkin aku kena refesh subjek sastera komsas untuk belajar gaya bahasa yang lebih lunak.
Aku nak bermuhasabah seketika...
Sunday, December 6, 2009
Hujjah Pada Kempen Boikot Blog Ahli Bid'ah
As-salamualaikum
Inilah Hujah saya untuk dikempen di blog saya
“Jika anda menyaksikan seorang ahli Sunnah yang buruk perangainya, perilakunya, fasik lagi jahat maka dia itu disebut pelaku maksiat yang zalim namun dia tetap diatas Sunnah maka silalah bergaul dengannya dan duduk bersamanya kerana kemaksiatannya itu tidak akan membahayakanmu. Jika anda melihat seseorang bersungguh-sungguh dan serius beribadah namun begitu dia ahli bid’ah maka janganlah anada duduk bersamanya dan bergaul dengannya, mendengar ucapannya dan berjalan bersamanya dalam satu jalankerana saya khawatir anda akan mengikutinya sehingga anda hancur bersamanya”(Al-Imam Barbahari-Syarh As-Sunnah perkara 149)
“Jikalau seseorang hamba bertemu dengan Allah dengan membawa semacam dosa kecuali syirik lebih baik dari bertemu Allah dengan satu kebid’ahan”(Al-Imam Syafie, Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-‘Itiqad-dinukil oleh pentahqiq Kitab Syarh Sunnah Al-imam Barbahari, Syaikh Kholid Ar-Rodady)
“Kuburan pelaku dosa besar Ahlu Sunnah bagaikan taman, sementara kuburan seorang yang zuhud dari ahli bid’ah bagaikan lubang neraka”(Al-Imam Ahmad dalam Tabaqatul Hanabilah,1/184-dinukil oleh pentahqiq Kitab Syarh Sunnah Al-imam Barbahari, Syaikh Kholid Ar-Rodady)