*Untuk mengetahui pendahuluan/pengenalan tentang program sila ke link
Tema: " Keilmuan Sebelum Berda'wah (Siri 2)"
Tarikh: 16-18 Oktober 2009/ 27-29 Syawwal 1430
Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang
Penyertaan: Terbuka kepada semua.
Pengisian:
1)Aqidah Shahihah wa Nawaqid al-Islam (Aqidah yang Benar & Pembatal-pembatal Keislaman) oleh [Syaikh Muhammad Sa'id ibn Abu al-Rubi'; Sijil Pengajian Islam (Univ. Riyadh, Arab Saudi), sedang menyiapkan tesis Ph.D (USM) dalam bidang Comp.Sc]
2)Fiqh al-Ibadah: Memahami Sebaik-baik Ibadah oleh [Ustadz Abdul Kadir bin Sahak; pelajar sepenuh masa B.A (MEDIU) dalam bidang Fiqh & Ushul Fiqh, bekas pegawai penyelidik IQ]
3)Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah berdasarkan Kefahaman Salaf) oleh [Ustadz Abu Hafiz bin Salehuddin; pelajar sepenuh masa B.A (UIA) dalam bidang Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah]
4)Pengenalan Terhadap Asas Mu'amalat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam oleh [Saudara Ezry Fahmy bin Edry Yusof; B.Econs (UIA) dan sedang menyiapkan CIFP (INCEIF)]
5)Manajemen Akhlak Salaf oleh [Ustadz Abdul Razak; Diploma Pengajian Islam & Dakwah (Rabithah 'Alam Islami, Mekah), B.A Hons (UIA) Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah, dan sedang menyiapkan M.A (UIA) dalam Pengajian Hadits]
6)Kuliah Syarah Riyadhus Soliheen min Kalam Sayyid al-Mursaleen oleh [Ustadz Hisyam bin Mohd Radzi; B.A Hons (Univ. Madinah), dan M.A (USM) dalam Pengajian Hadits]
Yuran Penyertaan:PERCUMA (Pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk pengangkutan dari tempat masing-masing boleh memohon bantuan penganjur, insha Allah)
Anjuran: GMT, USM dan UiTM (Penang) dengan kerjasama IQ.
Tarikh akhir pendaftaran adalah 13 Oktober 2009 ini, sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran SMSkan nama beserta IPT anda kepada Abu Nashiruddin 019-5144029 atau Abdullah 0194782307 bagi peserta lelaki, dan Ummu Muhaymin 0134036368 atau Ummu Sofiyyah 013-9604922 bagi peserta perempuan.
Penginapan adalah di IQ. Sila sebarkan mesej ini.
Tentatif:
Jumaat (16 Oktober 2009)Perkara 08.30 pm Ketibaan Peserta 09.00 pm Makan dan Minum Malam 09.30 pm Sesi Ta'aruf dan Taklimat Program 11.00 pm Khidmat Diri dan Tidur
Sabtu (17 Oktober 2009)Perkara 05.00 am Bangun & Persiapan Diri 05.20 am Qiyam al-Lail 05.50 am Solat Subuh Berjama'ah 06.30 am Tadzkirah 07.10 am Khidmat Diri 07.45 am Sarapan Pagi 08.15 am Solat Sunat Dhuha & Khidmat Diri 09.00 am Pengisian 1 [Aqidah Shahihah (Akidah yang Benar] 11.00 am Kudapan 11.15 am Pengisian 2 [Nawaqid al-Islam (Pembatal-pembatal Keislaman)] 12.45 pm Short Nap 01.00 pm Makan Tengahari 01.15 pm Solat Zuhur 02.15 pm Pengisian 3 [Pengenalan Terhadap Asas Mu'amalat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam] 04.15 pm Solat 'Asar 05.00 pm Pengisian 4 [Manajemen Akhlak Salaf] 06.30 pm Persiapan & Khidmat Diri 07.15 pm Solat Maghrib & Tadzkirah 07.50 pm Makan Malam 08.30 pm Solat 'Isya' 09.15 pm Pengisian 5 [Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah Berdasarkan Kefahaman Salaf)] 11.30 pm Kudapan & Khidmat Diri 11.45 pm Tidur
Ahad (18 Oktober 2009) Perkara 05.00 am Bangun & Persiapan Diri 05.20 am Qiyam al-Lail 05.50 am Solat Subuh 06.30 am Tadzkirah Subuh oleh Ustadz Abu Hafiz Salehuddin 07.15 am Riadhah di Empangan Tasik Mengkuang 08.00 am Sarapan pagi & Khidmat Diri 08.40 am Solat Sunat Dhuha 09.00 am Kuliah Syarah Kitab Riyadhus Soliheen oleh Ustadz Hisyam Mohd Radzi 11.30 am Kudapan 11.45 am Pengisian 6 [Fiqh al-'Ibadah: Memahami Sebaik-Baik Ibadah] 01.15 pm Makan Tengahari 01.30 pm Solat Zuhur 02.15 pm Resolusi 02.45 pm Bersurai
_________________ Official Blog, purify-educate.blogspot.com التوحيد أولاً يا دعــاة الإسلام أقيموا دولة الإسلام في نفوسكم تقم لكم في أرضكم
Hari tue aku ade sembang dgn member tntg korupsi yg dilakukan oleh pemimpin kita khusus pemimpin umno. Disini aku nak kongsi kata umar ibn khattab tp al-imam anwawi menyandarkan kata-kata ini kepada nabi tapi riwayatnya mauqof (riwayat imam ahmad)dan sykh al-albani melemahkannya dalam silsilah dhaifah “hisablah dirimu, sebelum dirimu dihisab” itulah kata-katanya. Jadi cuba kita lihat pulak korupsi yg mgkn dilakukan rakyat Malaysia. Katalah purata kakitangan awam dibayar sejam mereka bekerja kerajaan bayar rm100. Kalaulah setiap hari mereka punch card pada waktu pagi dan pastu pg lepak sarapan dalam sejam dalam waktu kerja dan katakanlah seluruh malaysia ada 1000 org yg buat camtu. Berapa ringgit malaysia kerajaan malaysia membayar gaji buta dalam waktu sejam kepada 1000 org tersebut.
1000org×rm100×5hari(isnin-jumaat)×4mggu(sebulan)×12(setahun)=rm240 juta
Maknanya kerajaan rugi rm240 juta setahun kalau 1000 org dari 1.2 juta kakitangan awam yg ade. Belum lg penyelewengan klaim perjalanan, penginapan dan lain-lain. Maka pikir la selagi ade otak. Aku tulis nie bukan sebab nak melepaskan kesilapan2 yg dilakukan mereka. Tapi sebagai muhasabah diri. Nasihatlah dirimu sebelum nasihatkan org lain.
Syeikh al-azhar mengeluarkan kenyataan bahawa pemakaian niqab atau purdah dalam haram kerana keselamatan, bukan dari ajaran islam atau hanya budaya dan beliau ingin mengharamkan pemakaiannya di universiti al-azhar as-syarif (boleh rujuk akhbar harian metro-semalam,7/10/09).
Disini aku harap rakan-rakan akhwat perlu sentisitif terutama yg berniqab. Disini aku nak sertakan artikel Ustaz Mohammad Asrie Sobri bagi menjawab kenyataan syeikh al-azhar tersebut.
Maksudnya: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [al-Baqarah: 120].
Tindakan kerajaan Kafir yang zalim lagi kejam, Perancis melarang Umat Islam wanita memakai Niqab atau penutup muka yang dikenali sebagai ‘Purdah’ merupakan realiti dan tafsiran hidup terhadap firman Allah Taala di atas. Demikianlah kaum kafir tidak pernah diam dan tidak akan berhenti menzalimi dan menghina agama Islam dan umatnya sehinggalah mereka berjaya memesongkan akidah kaum muslimin.
Saya bersegera menulis artikel ini dengan harapan mendahului salakan anjing-anjing Oreintalis yang akan menyalak tanda sokongan terhadap tindakan Sarkozy –Alaihi minallahi ma Yastahiq- ini kerana perkara ini pernah berlaku sebelum ini ketika mana pendahulu Sarkozy mengharamkan pemakaian tudung dan disambut dengan salakan sokongan oleh anjing belaan al-Azhar al-Syarif yang dipakaikan jubah Ulama.
Umat Islam hari ini mudah terkeliru dengan dakyah-dakyah barat kerana kaum kafir pada hari ini lebih maju berbanding dahulu kerana mereka bukan sahaja akan disokong oleh ahli-ahli politik penyembah demokrasi dan sekularisme bahkan anjing-anjing berserban dan berjubah yang menggelar diri mereka Ulama (sedangkan mereka Ular dalam semak).
Allah Taala telah menyamakan kaum yang menggelar diri mereka Ulama namun menjadi penyesat umat dengan anjing yang menjulur lidah sebagaimana dalam firmanNya:
Maksudnya: “dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” [al-A’raf: 175-176].
Ayat ini menceritakan kisah Bal’am bin Ba’ir atau Bal’am bin Abir, seorang alim daripada yang mustajab doanya telah berpaling tadah daripada ajaran Rasulnya iaitu Nabi Musa a.s ketika itu dan menyokong kaum kafir yang hendak memerangi Musa a.s dan menyekat baginda dan kaum baginda memasuki Tanah Yang dijanjikan (Palestin) setelah berakhirnya tempoh sesat 40 tahun. Akhirnya dia dijadikan hina umpama anjing oleh Allah Taala, menjadi ahli neraka dan lidahnya terjulur bagaikan anjing.-Nauzubillah min zalik-.
Maka saya menyeru kepada mereka yang telah diberikan Allah Taala kemuliaan dengan kedudukan sebagai Mufti, Alim Ulama, Ahli Fatwa, dan lainnya supaya tetaplah di atas prinsip dan berpegang teguhlah dengan agama Allah Taala dalam apa jua keadaan melanda. Umat Islam dewasa ini amat memerlukan keikhlasan anda dan ketelusan lidah anda bukan putar belit dan fatwa yang berselirat dengan helah dan syubhat.
Kembali kepada isu Niqab atau Purdah, ketahuilah wahai Saudara-saudariku se-Islam, sesungguhnya memakai purdah atau niqab adalah tuntutan syariat Islam kepada seorang wanita muslimah mukminah dan para Ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat dalam masalah ini.
Pemakaian Niqab atau Purdah bukanlah satu penghinaan atau pengurungan bahkan merupakan kemuliaan dan keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada para wanita. Saya tidak akan mendatangkan logik yang susah atau qias mantik yang panjing, cukuplah jika saudara dan saudari sekalian perhatikan buah-buahan yang sedang mekar masak, lazat dipandang dan menarik perhatian burung dan haiwan lain memakannya, apakah yang akan dibuat oleh tuan kebun yang memeiliki buah itu?
Jawapan yang pantas tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali akan dibalutnya, dibungkus dengan rapi. Demikian juga apabila tuan-tuan dan puan-puan mengeluarkan wang daripada ATM, wang yang menarik mata pencuri dan perompak, apakah tindakan pantas yang akan dilakukan? Wah, bagus anda semua, jawapan yang tepat: Kita simpan cepat-cepat dalam dompet atau beg galas, kita tutup wang tersebut jangan sampai dilihat orang lain.
Nah, sekarang, apakah dengan membalut buah tadi atau menyimpan wang dalam dompet kita tidak sayang kepada buah atau wang tadi? Kita hendak merendah-rendahkan nilai buah dan wang tadi? Sungguh sama sekali tidak, bahkan kita menyembunyikan keduanya kerana keduanya sangat berharga pada kita sehingga kita tidak sanggup orang lain melihatnya dan mencederakannya.
Demikianlah pandangan Islam terhadap wanita, mereka adalah maruah, mereka adalah pembentuk generasi mendatang, dan tunjang keluarga yang setiap lelaki yang berjaya tidak dapat tidak berdiri di belakangnya seorang wanita yang hebat. Maka Islam memerintahkan mereka menutup tubuh mereka, terutama wajah yang menjadi himpunan kecantikan wanita yang sentiasa menarik perhatian burung-burung bernama lelaki untuk mematuknya.
Semua manusia sama ada muslim, nasrani, yahudi, hindu dan lainnya mengakui lelaki yang paling hebat dan berpengaruh di dunia ini adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, semua isteri-isteri baginda yang menyokong baginda sepanjang perjuangan baginda adalah semuanya wanita berpurdah? Demikian juga anak-anak gadis baginda dan isteri-isteri para Sahabat baginda yang merupakan pembantu setia dalam perjuangan adalah mereka yang berpurdah.
Maka dakwaan liar si anjing Sarkozy dan mereka yang menyalak bersamanya adalah dakwaan batil bahawa Purdah adalah penghinaan dan menyekat kebebasan. Dakwaan anjing-anjing kafir ini berlawanan dengan akal yang sejahtera dan realiti yang nyata. Lihatlah wanita-wanita kafir yang berjalan mededahkan tubuh dan wajah, mereka semua tidak terlepas menjadi tatapan nafsu sang lelaki sama ada kita perasan atau tidak.
Demikian juga wanita-wanita muslimah yang terperangkang dalam jerangkap samar Iblis ini, semuanya menjadi korban nafsu dan syahwat dan jika tidak paling kurang akan menjadi santapan neraka di akhirat nanti, nauzubillah min zalik.
Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan akan menghiasanya”. [al-Tarmizi dan Ibn Khuzaimah, hadis Hasan Gharib].
Ini adalah hakikat yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w yang diterima daripada Allah Taala dan perlu diingat Allah Taala adalah pencipta Alam ini termasuklah lelaki dan wanita. Maka Dia Maha Mengetahui apakah jenis pakaian yang perlu dipakai oleh lelaki dan apakah pula jenis pakaian yang perlu dipakai oleh wanita.
Alangkah malang makhluk yang bernama manusia, apabila Allah memberinya nafas dia ambil, Allah berinya makanan dia makan, diberi minuman dia minum, namun apabila Allah Taala memberinya pakaian yang memang sesuai dengan kejadian yang Allah ciptakan dia, dia menolak dan mendakwa dia lebih tahu mana yang sesuai.
Islam apabila membezakan sesuatu hukum antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam memandang wanita itu hina atau makhluk yang rendah darjatnya namun Islam memandang daripada sudut kejadian masing-masing yang telah Allah Taala ciptakan. Firman Allah Taala:
Maksudnya: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” [al-Nisaa: 34]
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Taala telah menciptakan lelaki dengan beberapa kelebihan berbanding wanita demikian juga wanita diciptakan tidak sama dengan lelaki, dan lelaki itu diberi tanggungjawab berbeza dengan wanita maka setiap hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam hendak merendahkan wanita tetapi dalam rangka berlaku adil terhadap masing-masing jantina.
Firman Allah Taala:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” [al-Baqarah: 286].
Oleh itu, janganlah cepat kita menuduh Islam agama yang suci murni ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak berasaskan sedangkan kita sendiri tidak memahami perkara yang kita tohmah dan fitnah itu. Amat buruklah mereka yang menerima dan menggunakan nikmat Allah kemudian menolak perintah dan larangNya.
Kaum Muslimin, muslimat dan bangsa manusia sekalian, Islam mensyariatkan dan memerintahkan wanita-wanitanya menutup wajah mereka atas prinsip yang kami terangkan ini bukan kerana hendak menrendah atau menghina wanita apatah lagi memenjarakan mereka, sama sekali tidak.
Setelah jelas bahawa perintah berpurdah bukanlah satu penghinaan maka perlu kami jelaskan di sini hukum sebenar berkenaan hukum berpurdah bagi muslimah kerana terdapat beberapa kaum anjing berjubah ulama yang mendakwa kononnya purdah adalah bidaah tidak ada dasarnya daripada Islam.
Ketahuilah bahawa berpurdah itu adalah Sunnah sabit dalam hadis-hadis yang sahih dan disepakati para Ulama Muslimin semenjak zaman Salaf Soleh lagi. Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h berkata:
“Hendaklah diketahui bahawa menutup wajah dan tapak tangan adalah berasal daripada sunnah dan telah diamalkan semenjak zaman baginda Nabi s.a.w seperti mana yang diisyaratkan baginda dalam sabdanya:
لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين
Maksudnya: “Janganlah wanita yang berihram memakai Niqab (purdah) dan janganlah memakai sarung tangan”. [Sahih]” [Jilbab al-Marah al-Muslimah, m.s 104, cet. Pertama al-Maktabah al-Islamiah].
Hadis yang didatangkan oleh Syeikh ini dikeluarkan oleh al-Bukhari hadis no. 1741 dan berkata Imam Ibn Taimiah r.h:
“Ini menunjukkan bahawa pemakaian purdah dan sarung tangan adalah dikenali (diamalkan) para wanita yang tidak berihram (di zaman Nabi s.a.w) dan ini menunjukkan mereka menutup wajah dan tapak tangan mereka”. [Ibid].
Daripada Aisyah r.a:
كان الركبان يمرون بنا ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم محرمات فإذا حاذوا بنا أسدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه
Maksudnya: “Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali”. [Ahmad dan dinilai Hasan li Ghairih oleh Syeikh al-Albani].
عن أسماء قالت : كنا نغطي وجوهنا من الرجال و كنا نمتشط قبل ذلك
Maksudnya: “Daripada Asma’ r.a kata beliau: ‘Adalah kami menutup wajah kami daripada lelaki dan kami menyikat rambut sebelum itu (Ihram)”. [Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, hadis Sahih].
Para Ulama menyatakan, walaupun Nabi s.a.w melarang wanita berniqab (memakai purdah) dalam Ihram, namun mereka dibenarkan untuk menutup wajah dengan kain yang tidak bersentuh dengan kulit wajah mereka sama seperti lelaki berihram dilarang menutup kepala dengan serban atau kepiah tetapi boleh menutup dengan bumbung atau payung.
Ini menunjukkan menutup wajah dan tapak tangan dalam kalangan wanita Salaf al-Soleh adalah makruf dan diamalkan dan mereka berniqab di luar ihram. Ini jelas dalam hadis berikut:
عن صفية بنت شيبة عن عائشة أنها كانت تطوف بالبيت وهي منتقبة
Maksudnya: “Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah r.a adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)”. [Musannaf Abdul Razak].
Ini menunjukkan setelah bertahallul, para wanita muslimah akan memakai kembali niqab mereka dan sekaligus menunjukkan disyariatkan pemakaian niqab ini. Pemakaian Niqab ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah datangnya penjajahan barat lalu dicabutnya Niqab melalui tangan Muhammad Abduh dan muridnya Qasim Amin serta kuncu-kuncu mereka yang bersubahat dengan kaum Iblis –alaihim minallahi ma yastahiq-.
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab: 59].
Saidina Ibn Abbas r.a berkata dalam mentafsirkan ayat ini:
“Allah Taala memerintahkan para wanita mukminah apabila mereka keluar daripada rumah mereka untuk sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada kepala dengan jilbab dan hanya menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”. [Ibn Kasir, 6/ 481-482].
Dalam riwayat yang lain menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja.[Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili, 22/109].
Oleh itu, dakwaan bahawa memakai purdah atau burqa atau apa sahaja yang menutup wajah wanita sebagai amalan bidaah adalah dakwaan bidaah yang menyesatkan serta pengingkaran terhadap syariat Islam yang mulia-nauzubillah min zalik- namun para Ulama Islam hanya berbeza pendapat apakah menutup wajah ini suatu perintah wajib atau mandub sahaja.
Perbezaan pendapat ini pula berlaku ketika aman daripada fitnah dan maksud fitnah di sini keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kemungkaran seperti tersebarnya lelaki-lelaki fasiq seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w sehingga turunnya perintah menutup wajah dalam ayat 59 surah al-Ahzab di atas. [al-Baghawi, 6/376].
Mazhab al-Hanafiah dan al-Malikiah secara umumnya berpendapat tidak wajib wanita menutup wajah dan kedua tapak tangannya sama ada dalam solat atau di luarnya kecuali dalam keadaan fitnah seperti di hadapan lelaki kafir atau lelaki muslim yang kaki maksiat. Jika dalam keadaan fitnah seperti ini maka wajiblah dia menutup wajah dan dua tapak tangannya.
Mazhab al-Syafiiah dan al-Hanabilah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian juga dua tapak tangannya diluar solat yakni di hadapan lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk diwajibkan tutup. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/654-664, al-Fiqh ‘alal Mazahib al-Arba’ah, 1/198].
Hasil pemerhatian pendapat para Ulama Mazhab ini, kita dapati kaum muslimat yang berada di Perancis menurut kesepakatan mazhab-mazhab yang muktabar wajib memakai penutup wajah sama ada niqab atau burqa atau lainnya kerana mereka berada dalam suasana fitnah, dikelilingi lelaki kafir dan fasiq di merata ceruk negeri.
Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya supaya mencabar tindakan kejam rejim Nasrani Perancis ini dengan menggandakan usaha dakwah kepada pemakaian niqab dan menutupa aurat serta menggerakkan jentera untuk memerangi habis-habisan budaya ‘bertudung tetapi telanjang’ yang semakin menular dalam masyarakt Islam hari ini. Wallahua’lam.
Aku mencoret lg disini. Kalau di UPSI, kawan-kawan yang sefinal year dgn aku ramai dah kuar dgn awek diorg. Aku tgk nie adalah gelaja yang kurang baik. Mmg la secara fitrahnya lelaki menyukai perempuan dan sebaliknya.
Firman-Nya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”-ali imran, 14.
Walaupun masa cuti raya dan sebelum ini ramai yang tanye bile nak kahwin...dan mgkn juga kawan2ku yang lain juga dihumban pertnyaan tersebut. Disini aku ingin berkongsi sesuatu pada kawan2ku yang baca blog nie.
Dalam buku Al-jannah nai’muha wa thariqu ilaiha, jahannamu ahwaluha wa ahluha (atau dalam melayunya surga kenikmatannya dan jalan menujunya, neraka jahannam hal ehwalnya dan ahlinya-tajuk edisi terjemahan- surga-neraka& calon penghuninya) karya syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi (beliau antara anak murid syeikh albani). Dalam bab majoriti penghuni neraka adalah wanita, disini beliau memberi 2 hadith sebagai dalil yg wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai dan menyebut kenapa wanita adalah penghuni yang paling ramai.
Usamah Bin Zaid berkata:”Rasullullah SAW bersabda: “Aku berdiri di depan pintu surga, ternyata kebanyakan yang memasukinyaadalah orang miskin, sedangkan orng kaya masih tertahan. Kecuali penduduk neraka, kerana Allah telah memerintahkan mereka untuk dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian, aku berdiri di depan pintu neraka, ternyata kebanyakan yang memasukinya adalah wanita.” (Shahih Jami’ no 4287) Imran bin husain berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya penghuni surga paling sedikit adalah wanita” (shahih jami’ no.1570)
Kenapa wanita penghuni yg paling ramai? Jawabnya ialah kaum wanita sering kalah apabila berdepan dgn hawa nafsu dan lebih cenderungnya dgn perhiasan dunia. Ini kerana kurangnya akal mereka untuk membuka pandangan ttg kehidupan akhirat. Mereka kurang beramal untuk menjadi bekal akhirat, bahkan cenderungnya hati mereka pada dunia dan perhiasannya. Wanita juga menjadi faktor pada kaum lelaki untuk berpaling pada kehidupan akhirat. Mereka juga mudah terpedaya oleh org2 yang mgajak mereka meninggalkan agama dan sulit menerima nasihat dan ajakan berbuat baik dari org yg mengajaknya. Maka carilah pasangan yang boleh membawa kita ke surga. Lihatlah secara pasti, jelas dan terang dgn siapa ingin kita menyulam kasih. Moga kasih itu membawa kita ke surga.
Rujukan Al-jannah nai’muha wa thariqu ilaiha, jahannamu ahwaluha wa ahluha (tajuk edisi terjemahan- surga-neraka& calon penghuninya). Terbitan pustaka imam as-syafii, ms 104-106.
Lama sudah aku xmencoret apa2 pada disini. Aku malas nak menulis secara formal kerana ini coretan santaiku. Salam eidulfitr kepada kawan2ku maaf lambat mengucapkannya. Mgkn rmi org yg gembira pada hari berbahagia itu tetapi mgkn juga rmi yg sedih pada hr tsebut ini kerana kemiskinan menghimpit mereka, kehilangan org yg disayangi, dan mcm2 lg. Semasa cuti hari tue ada kemalangan ngeri berlaku area kampung aku. Satu kereta meninggal dan ade mangsa yg putus kepala. Innalillah.
Para miskin mgkn bersenyum lebar kerana sumbumgan pusat zakat sudah berada ditangan mereka. Si yatim mgkn bersedih kembali hidup keseorgan, tdk dismbut lg. Tiadelah mjls berbuka puase, tamatlah mjls rmh terbuke, dll. Itulah kehidupan yang kita kena tempuhi dan ingatlah redha pada qadha’ dan qadar Allah SWT. Jgn jd seperti setengah org asyik mempertikaikan qadha’ dan qadar, bersangka buruk pada Allah walhal sangkaan Allah pada manusia mengikut sangkaan hamba-Nya pada-Nya.
Bulan ramadhan lalu aku ada menonton movie laskar pelangi. Bagus ceritanya. Perjuangan 10 murid dan seorang guru wanita dan seorang guru lelaki memperjuangkan nasib pendidikan pelajar miskin. Jujur kukatakan aku menangis ketika menonton cerita ini dengan mengenangkan murid2 miskin. Kadang2 aku sedih giler dengan pemerintah diorg makan sedap tp rakyat ade yg kebuluran (aku bukan anti kerajaan) aku mula teringat kisah Umar Ibn Al-khattab yg cukup adil dlm pemerintahannya dan sanggup berlapar jika rakyatnya belum kenyang tp siapa kita nak jd mcm Umar xlayak tp aku cume mahu semua pemerintah baik dr BN atau PR fikirkan keadaan rakyat mereka. Bukan masa nak pilihan raya baru nak bg rakyat kenyang, baru nk wat sekolah tp berkhidmatlah untuk rakyat selagi bergelar PEMERINTAH. Alamak melalut lak dr cerita laskar pelangi. Dr cerita laskar pelangi ini, aku kagum semangat gurunya Bu Muslimah. Katanya “aku bukan mimpi untuk jd isteri saudagar tp aku mimpi jd guru” (kata xsilap la) sanggup keja part time menjahit sebab sekolah xmampu byr gaji. Sekarang ni aku tgk rmi guru duk lumbe nak naik pangkat, gaji dll. Taulah skrg dah mudah nak dpt JUSA. Cikgu biase pun leh dpt JUSA. Tapi permata yg selalu dibuang dan diabaikan iaitu murid2 dan tanpa mereka siapa la guru. Guru cemerlang akan sentiasa memikirkan bagaimana mahu memperbaiki diri. Ye mmg kita xblh jd org lain tp kita boleh jd lebih baik.
Perhiasan sentiasa diperlukan oleh setiap orang dalam kehidupan: perhiasan lahiriah, maupun batin. Tanpa perhiasan, nilai seseorang di mata orang lain akan menjadi rendah. Di bulan Ramadhan, seseorang harus menghiasi dirinya dengan perhiasan akhlaq, iaitu adab-adab ketika di bulan Ramadhan.
1.Menjaga Sahur & Mengakhirkannya
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِيْ السَّحُوْرِ بَرَكَةً
"Bersahurlah, karena sesungguhnya di dalam sahur terdapat berkah". [HR. Al-Bukhoriy (1923), dan Muslim (1095)]
Satu hal yang perlu dicatat bahwa bersahur sunnahnya diakhirkan sampai menjelang adzan (sekitar 15 atau 20 menit sebelum adzan shubuh), bukan dipercepat. Karenanya, kelirulah sebagian orang yang makan setelah sholat isya’, atau waktu jam 12 malan, atau jam 3 malam.
Perhatikan Zaid bin Tsabit -radhiyallahu anhu- berkata, "Kami sahur bersama Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, lalu beliau bangkit untuk sholat". Anas bertanya (kepada Zaid), "Berapakah (waktu senggang) antara adzan dan sahur?". Zaid menjawab,
قَالَ قَدْرَ خَمْسِيْنَ آيَةً
"Lamanya seperti membaca 50 ayat". [HR. Al-Bukhoriy (1821), dan Muslim (1097)]
Amer bin Maimun Al-Jazariy berkata, "Para sahabat Muhammad -Shollallahu ‘alaihi wasallam- adalah orang yang paling cepat berbuka, dan paling lambat bersahur". [HR. Al-Baihaqiy dalam Al-Kubro (7916)]
"Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- adalah orang yang paling pemurah dalam kebaikan, apalagi di bulan Romadhon ketika ditemui oleh Jibril. Dulu Jibril menemui beliau setiap malam di bulan Romadhon sampai selesai. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- menghadapkan (mengajarkan) Al-Qur’an kepada Jibril. Jika beliau telah ditemui oleh Jibril –alaihis salam-, maka beliau menjadi orang yang paling pemurah dalam kebaikan dibandingkan angin yang terutus". [HR. Al-Bukhoriy (1803)]
3.Bersungguh-sungguh dalam Melaksanakan Berbagai Bentuk Ibadah
"Dulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- jika memasuki malam sepuluh (terakhir), maka beliau menghidupkan malam (sholat malam), membangunkan keluarganya,bersungguh-sungguh, dan menyingsingkan sarung (bersungguh-sungguh)". [HR. Al-Bukhoriy (2024), dan Muslim (1174)]
4.Membersihkan Mulut dengan Kayu Siwak
Islam adalah agama yang menjaga kebersihan. Karenanya, Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- memerintahkan ummatnya bersiwak, baik saat puasa, maupun tidak. Sebagian ulama’ menganalogikan bolehnya bersikat gigi dengan bersiwak, sepanjang tidak masuk ke tenggorokan. [Lihat Shiyam Romadhon (hal.21) oleh Syaikh Muhammad bin Jamil Zinu]
"Andaikan aku tidak (khawatir) memberatkan ummatku, niscaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali (hendak) sholat". [Al-Bukhoriy (887), dan Muslim (252)]
"Siwak merupakan pembersih mulut, dan membuat Robb (Allah) ridho". [HR. An-Nasa’iy (5), Ibnu Majah (289), dan Ahmad (7). Di-shohih-kan oleh Syaikh Al-Albaniy -rahimahullah- dalam Al-Irwa’ (66)]
Abdur Rahman bin Ghonmin Al-Asy’ariy berkata, "Aku pernah bertanya kepada Mu’adz bin Jabal, "Apakah aku boleh bersiwak sedang aku puasa?" Dia menjawab, "Ya". Aku berkata, "Waktu mana aku boleh bersiwak?" Dia jawab, "Waktu mana saja kamu hendak; jika mau pagi (ya, boleh); jika mau siang (ya, juga boleh)" [HR. Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir (133). Atsar ini dikuatkan oleh Al-Hafizh dalam At-Talkhish (2/202)]
5. Menjauhkan Diri dari Sesuatu yang Menyalahi Hikmah Puasa
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa". (QS. Al-Baqoroh: 183)
Jadi, hikmah disyari’atkannya puasa adalah mencapai derajat taqwa. Seorang akan mencapainya jika ia menjauhkan dirinya dari dusta, berkata-kata jorok dan kotor, bertengkar, berkelahi, menghina, menonton aurat wanita (yaitu seluruh tubuh wanita), baik langsung atau lewat TV, dan gambar, dan lainnya. Orang yang melakukan hal-hal ini tak mendapatkan, kecuali penat di dunia, dan akhirat.
"Barang siapa yang tidak mau meninggalkan ucapan dusta dan mengerjakannya, maka Allah tidak punya hajat (tidak peduli) ketika ia meninggalkan makan, dan minumnya". [Al-Bukhoriy (1804)]
Ibnu Baththol -rahimahullah- berkata, "Bukan maknanya ia diperintahkan untuk meninggalkan puasanya. Maknanya hanya memberikan peringatan keras dari (bahaya) berkata dusta, dan sesuatu yang bersamanya". [Lihat Fath Al-Bari (4/117)]
"Terkadang orang yang berpuasa tidak mendapatkan sesuatu dari puasanya, selain lapar; terkadang seorang yang bangun (sholat) malam tidak mendapatkan dari bangunnya, selain begadang". [HR. Ibnu Majah (1690). Di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Takhrij Al-Misykah (2014)]
6. Menyegerakan Buka Puasa
Ketika seorang telah melihat matahari tenggelam dengan sempurna, maka hendaknya ia segerakan; jangan ditunda, sekalipun belum terdengar adzan. Menyegerakan buka puasa merupakan kebaikan, karena ia adalah bentu penyelisihan ahlul Kitab yang senang mengakhirkannya. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
"Manusia senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan buka puasa". [Al-Bukhoriy (1957), dan Muslim (1098)]
Ada dua sunnah Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- yang terlupakan ketika kaum muslimin berbuka, yaitu berbuka sebelum sholat maghrib, dan memakan ruthob (korma basah lagi segar), atau korma kering, atau air. Jangan sampai perut kosong sampai usai sholat maghrib. Anas bin Malik -radhiyallahu ‘anhu- juga berkata,
"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berbuka dengan ruthob (korma basah dan segar), sebelum beliau sholat. Jika tak ruthob, maka dengan tamer (korma kering). Jika tamer juga tak ada,maka beliau meneguk beberapa teguk air". [Abu Dawud (2356), dan At-Tirmidziy (696). Hadits ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalamAsh-Shohihah(2840)]
7. Memberi Buka Puasa
Diantara amal sholeh yang terpuji, memberi makan, karena mengharapkan pahala di sisi Allah. Terlebih lagi di bulan Romadhon. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
"Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapatkan semisal pahala orang yang puasa itu; Cuma tidak mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun". [ At-Tirmidziy (807).Hadits ini shohih sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albaniy dalam Shohih Al-Jami’ (11361)]
"Barang siapa yang bangun (sholat malam) karena beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu . Barangsiapa yang berpuasa di bulan Romadhon karena beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu" .. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)]
Sumber : Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 29 Tahun I. Penerbit : Pustaka Ibnu Abbas. Alamat : Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel. HP : 08124173512 (a/n Ust. Abu Fa’izah). Pimpinan Redaksi/Penanggung Jawab : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Dewan Redaksi : Santri Ma’had Tanwirus Sunnah – Gowa. Editor/Pengasuh : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Layout : Abu Muhammad Mulyadi. Untuk berlangganan/pemesanan hubungi : Ilham Al-Atsary (085255974201). (infaq Rp. 200,-/exp)
http://almakassari.com/?p=169#more-169
.:.dipetik dan diringkaskan dari http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=885 .:.