CERITA KOSONG
JALAN PUTIH ATAU HITAM...
Thursday, October 4, 2012
Update Blog
Tuesday, March 15, 2011
Cebisan kata-kata
Cebisan kata-kata
Al-hamdulillah, pada tanggal 22 november 2010 secara rasminya aku bergelar seorang guru. Kini hampir 4 bulan, aku bergelar guru. Mulai hari pertama hingga hari ini telah banyak aku menimba pengalaman untuk menjadi guru. Mungkin ramai orang mengatakan pekerjaan guru kerja yang mudah dan waktu kerja yg agak singkat dari pekerjaan lain serta cuti yang banyak. Bekerja dengan sikap dan kognitf manusia bukanlah suatu yang mudah dan disini aku bukanlah mahu membuat perbandingan pekerjaan guru dan yang lain. Tidak adil nanti!!.
Cabaran aku menjadi guru sangat berat lagi-lagi aku merupakan anak tempatan di sekolah tersebut dan kebanyakannya pelajar mengenaliku membuatkan kadang-kadang mereka menganggapku seperti kawan-kawan mereka dan kadang-kadang mereka kurang ajar. Pernah sekali aku memarahi pelajarku kerana tidak menghormati aku sebagai guru. Cabaran dalam mengajar dan cabaran dalam urusan pentadbiran sekolah telah banyak membuatkanku sedikit demi sedikit menjadi dewasa.
Bekerja dengan manusia tidaklah sama dengan bekerja dengan komputer atau fail-fail. Aku mesti banyak bersabar dan teguh dalam melayani karenah-karenah manusia, ada yang begitu dan begini. siapa pun kita, diposisi mana pun kita yang penting, kita pandai menghormati orang lain walaupun dengan hanya pencuci mangkuk jamban. Bila kita bekerja dengan seseorang, anggaplah dia sebagai sahabat atau kawan walaupun jawatannya lebih rendah bukannya kuli. Maka tinggi diri dapat diluluhkan, ujub dapat dibuang dan kesucian akhlak dapat diterap. Manusia lainnya dapat menghormati kita sebagaimana kita menghormatinya.
Yakinlah wahai sahabat sekalian, rezeki, jodoh, hidup dan mati ditangan tuhan, kita hanya disuruh berusaha sahaja. Siapa yang tidak berusaha maka dia tidak dapat apa-apa. Dalam alam pekerjaan ini, aku lihat ada budaya dengki-medengki, dan jatuh-menjatuhkan. Bila aku mendengar kes-kes begini, aku teringat kata-kata seorang guru, buanglah rasa hasad, dan tanamlah dalam hati, kita menjaga wilayah kita, dan dia menjaga wilayah dia. Yang penting bersyukur.
~sekedar ini dahulu~
5.25 pm, 15.03.11, sg nibong
Sunday, July 25, 2010
Tanggungjawab...
Lama tidak dikemaskini blog ini yang mungkin hampir bersawang. Tengah hari tadi pergi pesta buku dekat dewan roti (gelaran bagi dewan sri bernam kot-xingat nama betulnya). Satu buku aku beli yang memandangkan tiada bajet untuk pesta buku ini. Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr. HM Tuan Iskandar (marasakan jati diri mula kendur). Selapas itu, pergi menikmati air jus jambu dan buahnya serta singgah di bank untuk mengeluarkan duit.
Sedang aku menunggu duit keluar dari mesin ATM, kakak di sebelah bertanya kepadaku “bang, hari ini berapa haribulan?”. “25 kak” jawab ringkasku, sudah menjadi kebiasaan biasa aku menegur atau berurusan dengan wanita yang tidak mengenalinya aku akan memanggilnya kakak tanda hormat walaupun dia lebih muda dariku. “esok, nak bayar yuran anak sekolah tapi duit tak masuk lagi (mungkin gajinya), orang janji nak bayar hutang pun belum masuk lagi” runggut kakak itu. “Dengan suami kakak tak bagi nafkah” dengan suara yang perlahan. “sabar je la kak” kataku.
Kesian aku fikirkan bila teringat kepada kakak itu lantaran mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab keatas. Aku teringat kata-kata Syeikh Khalid Al-Qurasyi, yang mengajar aku semasa daurah di Maktab Jaliat Makkah Al-Mukaramah pada sesi taaruf. Beliau memberitahu mempunyai seorang isteri dan dia termasuk dari orang takut (khaifin). Lalu dia membacakan ayat ini
“...Nikahilah perempuan lain yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khawatir tidak berlaku adil maka nikahilah seorang sahaja...”(An-Nisa’,4:3)
Teringat pula dalam buku Syakhsiayyah Al-Muslim karangan As-Syeikh Dr. Muhammad Ali Al-Hashimi menyebutkan dalam Bab 1 Seorang muslim dengan tuhannya dalam subtopik bertanggungjawab atas kepimpinannya,
“ tidak ada kelalaian, kesalahan mahupun pelanggaran atas hak Allah SWT dan Rasul-Nya yang terjadi pada salah satu anggota keluarga muslim ini kecuali ia bertanggungjawab atasnya:
“Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab di atas yang dipimpinnya...” (HR Bukhari & Muslim)”
Katanya lagi orang yang tidak bertanggungjawab diatas kepimpinannya ialah orang yang lemah iman, agama dan kejantanannya.
Dalam Al-wajiz Panduan Fiqih Lengkap juga ada menyebut dalam kitab Al-Nikah dalam hak-hak isteri atas suami.
“Suami mesti memperlakukan isteri dengan cara yang baik kerana Allah berfirman :
“Dan bergaullah dengan mereka secara ma’ruf” (An-Nisa’,4:19)
Iaitu dengan memberi makan apabila dia juga makan dan memberikan dia pakaian apabila dia berpakaian. Mendidikanya jika takut dia akan derhaka dengan cara yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam mendidik isteri”
Sabda Nabi:
“Orang yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya” (Hasan Shahih: HR Tirmizi)
Akhirnya perlakukanlah isteri dengan selayaknya dia seorang isteri kerana nanti isterilah yang akan menjadi penawar duka sang suami.
10.23pm, 25/7/2010-sungai nibong, sekincan.
Monday, June 28, 2010
Pekerjaan halal, diredai lengkapkan ibadah umat Islam
Pekerjaan halal, redai lengkapkan ibadah umat islam
oleh : Ustaz Abu Abdillah Amiruddin Bin Mohd SobaliBARU-BARU ini, Perdana Menteri mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sudah mencapai sasarannya. Antara teras bidang itu termasuk usaha meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah supaya mereka lebih selesa mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar.
Sebagai agama yang syumul dan komprehensif, Islam memberi perhatian dalam soal kerjaya yang menjadi nadi pembangunan ekonomi negara. Bahkan ia teras dalam menjana ibadah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Apabila solat ditunaikan maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi dan carilah kurniaan Allah (rezeki) dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Surah al-Jumu’ah: 10)
Menurut Syed Qutb, ayat ini Allah memerintahkan kita berkerja dan mencari rezeki dengan perniagaan dan sebagainya bagi memenuhi keperluan dan meneruskan kehidupan dengan tidak mengabaikan tanggungjawab mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam ayat lain firman Allah yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan bumi itu mudah untuk kamu, maka berjalanlah di segenap penjuru-Nya, serta makanlah daripada rezeki-Nya dan kepada-Nya (Allah) jualah tempat (kembali sesudah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk:15)
Menurut tafsir al-Sa’di, Allah memudahkan bumi ini untuk hamba-Nya memenuhi hajat melalui pertanian dan pembinaan serta dimudahkan mereka sampai ke serata tempat untuk mencari rezeki. Lantaran itu mereka diperintah menerokai merata bumi dan merentasi iklimnya dan menyerahkan urusan rezeki kepada Yang Maha Esa selepas tekun berusaha.
Jelaslah mencari rezeki adalah tuntutan Ilahi. Islam tidak mengehadkan bidang pekerjaan asalkan ia halal dan ia pasti akan membuahkan hasil di dunia dan ganjaran pahala di akhirat kelak dengan izin-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad); bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya serta orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan memberitahumu apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Taubah: 105)
Kata Imam al-Tabari: “Allah memerintahkan hamba-Nya beramal dengan apa yang diredai-Nya dan menunaikan apa yang difardukan ke atas mereka. Semua itu akan dilihat Allah dan insan lain di dunia, dan di akhirat kelak setiap ketaatan mahupun penderhakaan terhadap Allah pasti dihitung.”
Islam menggalakkan umat menceburi bidang pekerjaan yang mulia, dan mencela mereka yang malas berusaha dan meminta-minta.
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kepada Allah kerana dengan nikmat keamanan yang kita kecapi dan rezeki mudah diperoleh. Tetapi peluang ini disambar pekerja asing yang gigih dan tidak memilih pekerjaan. Lambakan graduan menganggur pasti dapat dielakkan jika ruang pekerjaan diisi mereka sementara mendapat kerja diimpikan. Menjadi buruh binaan, mengambil upah di ladang dan bekerja kilang bukanlah hina dan bertaraf rendah di sisi Allah SWT, bahkan ia mulia kerana memenuhi tuntutan agama.
Monday, April 26, 2010
PENGUMUMAN
Maaf pengunjung blogku, aku tidak akan update blog ini lagi dan segala yang ada dalam blog ini, mana yang baik silakan ambil, mana yang buruk campaklah ke dinding.
Yang benar,
MUHD MUSTAFFA KAMAL BIN A.BIDIN
Dengan saya pemilik blog ini menarik balik pengumuman ini. blog ini akan saya kemas kini seperti biasa.
Wednesday, March 17, 2010
Cinta…
Bila bercakap soal cinta, ramai yang akan fikir cinta adam dan hawa’ maksudnya cinta lelaki dan perempuan. Mungkin akulah orang yang paling tidak layak untuk bercakap soal cinta. Tetapi aku ingin mencoret sepatah dua tentang cinta. Mungkin ramai dari sahabat yang membaca coretan ini akan bertanya lagi-lagi sahabat rapatku “enta ini sudah jatuh cinta ke?” “enta nie dah angau nie”. Tujuan aku menulis tentang cinta ini sebagai muhasabah untuk diriku dan ingin ku kongsikan dengan teman-teman.
Cinta yang agung ialah cinta sang hamba kepada penciptanya. CINTA KEPADA ALLAH, itu sepakat bagi mereka yang bergelar seorang mukmin dan muslim. Semua orang termasuk diri ini sentiasa mengaku cintakan Allah walaupun tingkah laku sang hamba itu tidak mengambarkan dia cinta kepada tuhannya. Termasuklah diri ini. Dosa sering dilakukan tetapi mengaku cinta, sayang...
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Baru-baru ini kita menyambut maulidur-Rasul, maka banyaklah kita lihat perarakkan di sana-sini, tujuannya hanya satu iaitu menunjukkan rasa cinta pada Nabi kita tetapi selepas itu masihkah ada sayang atau cinta padanya... atau rasa cinta itu hanya dibuat-buat setiap tanggal 12 rabiul awal sahaja, mari kita bermuhasabah.
Aku masih teringat kata-kata dari seorang murrabi, nasihatnya tentang couple lelaki-perempuan. Couple jenis ini ibarat nak beli kereta tapi tak mampu, maka dek kerana sayang dan cinta pada kereta itu, setiap hari dia datang ke show room untuk melihat dan menjaga kereta kesayangannya yang bukan miliknya tetapi apakan daya kereta itu bukan miliknya, maka tidaklah dapat dipandu olehnya. Berbeza pula dengan perkahwinan, segala kasih sayang dan rasa cinta dicurahkan pada insan yang dicintanya maka cintanya itu akan dibalas maka tiadalah yang akan rugi. Itulah perumpamaan yang diberikan oleh sang murabbi. Housematte aku dulu pernah menyatakan sesuatu padaku “cinta itu memerlukan pengorbanan”. Kerana cintalah ada orang yang sanggup berkorban membahagi dua duit PTPTN dengan pasangannya..aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya mereka disatukan dalam kebaikan.
Tuesday, March 9, 2010
Matang…
Ustaz aku kata dulu masa kena brainwash pasal couple, dia kata matang nie bukannya boleh buat-buat. Ada la gak aku tgk orang-orang yang berlagak matang... kalo dah dasar tak matang buat je la tak matang. Noktah. Mungkin sapa yg baca nie kata aku tgh marah sambil menulis coretan ni... Cuma teguran saje.
Berfikirlah kita sesuai mengikut umur...ada orang umurnya 25 tahun tapi cara fikirnya mcm 18 tahun seolah dia masih ditanggung oleh ayahnya, dan sebaliknya. Untuk matang kita kena banyak belajar berdikari, dalam permulaan berdikari mmg la susah, kena banyak mintak tunjuk ajar lagi-lagi orang yang lebih senior dari kita. Tapi kalo setiap perkara nak tunjuk dan last-last kejenya semua ditunjuk itu bukan nak berdikari tapi NGADA-NGADA. Maka pikir la sendiri.
Dulu aku pernah letak kat status FB aku “orang yg dibawah selalu melihat orag diatas tapi orang di atas jarang atau lupa melihat org yg dibwh” susah jadi org atas nie byk tanggungjawab...susah juga jd org yg dibawah sebab byk juga tanggungjawab maka masing punya tanggungjawab yg perlu diselesaikan. Maka berfikirlah seperti seorang ‘ORANG’.