Thursday, February 25, 2010

Ceritera Praktikum 2

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa.

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara.

Jika hari ini seorang ulama yang mulia.

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka.

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa.

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

-Usman Awang-

As-salamu’alaikum.

Lama sungguh blog ini tidak dapat dikemas kini. Al-hamdulillah hari ini jumaat, cuti maulid rasul (lega!! Biasa pening dengan RPH). Aku mula serasi dengan budaya SMK Banting walaupun mula-mula dulu segan-segan dengan cikgu-cikgu senior tetapi al-hamdulillah hidup aku kini mula sebati dengan perguruan ini. kecintaan pada murid-murid aku semakin bertambah lagi-lagi kepada 2 Ficus. Cikgu semakin sayang kamu semua!! :) . Walaupun dulu setiap menjelang science 2 ficus aku cukup fobia nak masuk kelas tersebut dan tension serta suara aku serak sikit lepas habis kelas sebab asyik menjerit suruh diam, mana tidaknya setiap kali aku cakap mereka pun cakap, aku suruh diam diaorang pun diamlah tapi 5 minit je la. Tapi semalam diam mereka lebih lama dari biasa. Hari rabu lepas pula aku relief kelas 2 ficus dan aku pulangkan kertas ujian topikal diaorang dan beri sedikit jajan bagi mereka yang dapat 70% keatas atas 12 orang kesemuanya, dan aku panggil pelajar yang gagal dan markah mereka 50% kebawah aku tanya mereka mengapa diaorang dapat markah macam itu walhal masa form 1 lulus tapi ujian topikal gagal dan aku minta diorang semua buat akur janji dengan aku supaya lulus 50% keatas. “cikgu tuntut Insya’Allah kamu ni, dan cikgu tuntut promise kamu” itulah kata aku pada diaorang. Aku ceritakan kisah Oden (Zainuddin Ma’amor) kawan aku pada mereka untuk beri motivasi pada mereka dan aku kata pada diaorang “cikgu nak muka-muka ini nanti masa form 3 ada dalam kelas ixora, alamanda, museanda dan cikgu taknak lihat pelajar 2 ficus dan 3 ficus pada tahun depan jika cikgu posting sekolah ini nanti dan hari itu cikgulah orang yang paling seronok tengok kamu” dan kataku lagi “kalau orang tengok langsir rumah kamu lawa orang itu akan tanya kat mak kamu ‘siapa yang buat?’ tapi kalau kamu semua berjaya orang akan tanya ‘macam mana kamu boleh berjaya’ atau ‘macam mana kamu belajar?’ orang tak tanya pun ‘siapa yang ajar kamu?’ jika kamu berjaya cikgu takde apa-apa pun”.

Sebenarnya anak-anak ini ketandusan nasihat dan baja keimanan kerana ada guru pendidikan Islam minta aku relief kelas dia sebab dia ada urusan tetapi aku diminta untuk bawa murid-murid ini ke surau untuk amali solat. Lepas solat, aku pun beri sedikit nasihat dan tazkirah santai tentang ketuhanan dan akhlak mulia al-hamdulillah positif hasilnya mereka dengar dan mudah-mudahan Allah lembutkan hati mereka. Sekali sekala guru perlu memberi nasihat dan menabur baja keimanan dalam hati anak-anak ini jika tidak mereka akan tandus dan hati mereka akan keras maka terjadilah pelajar pandai tetapi sombong dan kurang ajar dengan cikgu.

-rasanya sampai sini kot dulu. Aku nak pergi sarapan dulu...nanti-nanti aku update lagi. Maaflah kawan yang selalu bukak blog ni. Waktu sekolah aku agak sibuk tak boleh nak update blog.-